Home » » Persidangan PBB: Zahid Dan Anifah Ditanya Oleh Pemimpin Dunia Dimana PM Kamu?

Persidangan PBB: Zahid Dan Anifah Ditanya Oleh Pemimpin Dunia Dimana PM Kamu?

Written By canang on Isnin, 19 September 2016 | 9/19/2016 12:06:00 PG

Sekali lagi Wak Zahid di arahkan oleh Najib untuk menghadiri ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu yang sepatutnya Najib sebagai Perdana Menteri wajib hadir ke Persidangan yang berprestij tersebut.

Kenapa Perhimpunan tersebut berprestij kerana persidangan tersebut dihadiri oleh Raja-Raja, presiden dan perdana menteri seluruh dunia  di pentas diplomatik terbesar di dunia.
Sebagai Perdana Menteri Malaysia Najib sepatutnya  mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan bangsa Bersatu bagi merapatkan hubungan dengan pemimpin dari luar negara supaya negara luar percaya dengan PM Malaysia.

Dengan perhubungan yang baik dengan pemimpin seluruh dunia barulah ramai pelabur akan datang melabur di Malaysia bukannya bersembunyi dalam Malaysia kemudian kutuk pemimpin terdahulu.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang suci murni tanpa skandal beliau sepatutnya menyertai Mesyuarat peringkat Tinggi Menangani Penghijrahan Pelarian dan Migran Berskala Besar pada 19 Sept di Perhimpunan Agung, dan Mesyuarat peringkat Tinggi mengenai Situasi di Syria di Majlis Keselamatan pada 21 Sept

Dari sini kita sudah nampak, ketakutan yang cukup melampau PM Najib Razak. Beliau sanggup duduk terperuk di Putrajaya. Walhal paling mereka suka kalau ada lawatan ke luar negara seperti di Washington kerana boleh menyelam sambil minum air.

Berbalik pada persoalan pokok, Apakah  jawapan perlu Wak Zahid berikan jika pemimpin dunia tanya di mana Perdana Menteri kamu? Kenapa dia tidak hadir?




Tak kan Wak Zahid nak jawab Najib sibuk menghadiri  majlis resepsi perkahwinan anak Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Najib sibuk merasmikan madu kelulut yang sepatutnya standard menteri pertanian je yang rasmi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger