Home » » 615 pelajar sekolah di Perak hamil tahun lepas

615 pelajar sekolah di Perak hamil tahun lepas

Written By canang on Rabu, 12 Oktober 2016 | 10/12/2016 08:51:00 PTG


Sebanyak 787 kes kehamilan dalam kalangan remaja direkodkan di Perak sepanjang tahun lepas, dengan 615 daripada membabitkan pelajar sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Datuk Dr Mah Hang Soon berkata jumlah itu menurun berbanding 892 kes pada 2014.
Walaupun kes itu menurun, katanya perkara itu terutama yang
membabitkan pelajar sekolah tidak boleh dipandang ringan dan usaha perlu dilakukan termasuk memberi advokasi pendidikan kepada remaja.
"Sebanyak 30,607 kes antenatal (kehamilan) direkodkan di seluruh Perak
sepanjang tahun lepas dengan 2.6 peratus daripadanya membabitkan remaja.
"Ada di antara remaja hamil ini merupakan mangsa rogol dan bukan atas
kehendak mereka maka, kita akan berusaha membantu mereka dan menyelesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat program Generasiku Sayang di Ipoh, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Mah berkata sebanyak tiga kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh Januari hingga September lepas berbanding lima kes sepanjang 2015Selain itu, katanya 'Baby Hatch' yang disediakan hospital swasta sejak 2010 juga menerima tujuh orang bayi.
Mengenai program Generasiku Sayang, Mah berkata ia bertujuan membantu remaja hamil tanpa nikah dengan menyediakan perlindungan, penjagaan semasa hamil serta pemulihan awal.
"Ini bagi memastikan remaja berkenaan dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari segi fizikal, mental dan sosial," katanya.- Bernama
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger