Home » » AIR TIADA UNTUK RAKYAT SABAH & DUIT PROJEK AIR DIROMPAK: SIAPA ADA KUASA BUAT SEMUA INI?

AIR TIADA UNTUK RAKYAT SABAH & DUIT PROJEK AIR DIROMPAK: SIAPA ADA KUASA BUAT SEMUA INI?

Written By canang on Ahad, 9 Oktober 2016 | 10/09/2016 01:44:00 PTG

AIR TIADA UNTUK RAKYAT SABAH & DUIT PROJEK AIR DIROMPAK: SIAPA ADA KUASA BUAT SEMUA INI?
.
Musa Aman,
Kau fikir aku sebagai anak muda Sabah tidak baca bajet tahunan yang kau bentang setiap tahun?
Ada beberapa fakta digelapkan oleh kau dan UMNO-BN berkenaan kes ini di media.
Aku yakin SPRM tidak terlepas pandang barang bodoh ini.
.

Pertama,
Dalam Bajet Kewangan Kerajaan negeri Sabah tahun 2012, bajet khusus untuk projek bekalan air negeri Sabah diperuntukkan sebanyak RM 458.80 Juta, Tahun 2013, RM 480.67 Juta, Tahun 2014 pula RM 627.92 Juta, Bajet tahun 2015, RM 571.71 Juta dan Bajet tahun 2016 ialah RM 715.36 Juta. Duit ini diluluskan oleh Musa Aman selaku Menteri Kewangan dan dikongsi bersama Menteri Pembangunan Infrastruktur, Pairin Kitingan.
Persoalan paling logik.
Mana duit ratusan jutaan ringgit ini sedangkan rakyat Sabah tidak dapat bekalan air bersih yang mencukupi?
Siapa curi duit ratusan jutaan ringgit ini?
Rakyat Sabah atau kau dan UMNO-BN yang curi?
.
Persoalan asas aku kedua sebagai rakyat dan anak muda Sabah kepada Musa Aman.
Kau tidak puas dengan skandal kayu balak dan kemudian kau terlepas kerana salahkan orang lain.
Sekarang duit projek air anak kau iaitu Hafez Musa (Ketua Pemuda UMNO Sabah) memonopoli kontrak di seluruh negeri Sabah untuk tempoh 20 tahun sehingga 30 tahun.
Tapi, kenapa Semporna, Lahad Datu, Kunak dan daerah lain di Sabah masih tiada air?
Paling sadis di bawah kepimpinan kau, air untuk rakyat tiada tapi Jabatan Air Sabah paling banyak kutip duit hutang air rakyat Sabah setiap tahun.
Sekarang kau kutip GST bersama Pairin siap main ugut potong air rakyat Sabah, tapi mana air untuk rakyat?
Kau tahu jawapan ni dan aku yakin kau tutup barang rompakan wang paling bodoh ini.
.
Ketiga,
Kau dan Pairin melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ni.
Dan sambung kontrak lantikan secara "politik" untuk mereka kerana boleh pam duit untuk UMNO-BN.
Mereka antara yang paling lama berkuasa di Kota Kinabalu sebagai birokrat paling korup.
Kau mahu jadikan mereka ini sebagai "kambing hitam" bagi selesaikan game "politik rasuah" kau dan keluarga kau serta kroni kau?
Kau ingat generasi aku bodoh tidak tahu bahawa kau dan Pairin perlu bertanggungjawab kerana melantik Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah ini setiap tahun untuk "urus" duit air ini?
.
Kepada SPRM,
Aku harap kali ini mereka ini jangan dilepaskan.
Walaupun besar kemungkinan mereka ini tidak akan "disentuh" oleh Peguam Negara kerana mereka ialah ahli UMNO-BN dan orang kesayangan Najib Razak yang mustahil untuk didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.
Aku sebagai anak muda tetap optimis.
Mereka ini tidak akan dilepaskan oleh rakyat Sabah pada PRU ke-14.
Selamat maju jaya Raja Korup Sabah!
#TUMBANGMUSAAMAN
#TUMBANGUMNOBNPRU14
#SELAMATKANSABAH
.
JUFAZLI SHI AHMAD
PENGASAS GERAKAN ANAK MUDA SELAMATKAN SABAH
PENGANALISIS POLITIK
KELULUSAN MASTER BIDANG SAINS POLITIK (2015)
KELULUSAN SARJANA MUDA BIDANG SEJARAH (2012)
Share this article :

1 ulasan:

IBU,FITRI SULISTIAWATI berkata...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger