Home » » Anak Sasterawan Negara cedera ditetak

Anak Sasterawan Negara cedera ditetak

Written By canang on Isnin, 3 Oktober 2016 | 10/03/2016 04:30:00 PTG


MANGSA mengalami kecederaan pada kepala dan tangan akibat ditetak suspek yang memecah masuk rumahnya di Lavender Heights, Senawang, awal pagi tadi. SEREMBAN: Seorang penulis novel yang juga anak Sasterawan Negara, serta anak lelakinya, cedera ditetak penyamun yang memecah masuk rumah mereka di Lavender Heights, Senawang di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, anak kepada Datuk Abdullah Hussain, Ahmad Patria, 48, dan anaknya yang berusia 16 tahun, cedera pada tangan dan kepala, selepas bergelut dengan tiga suspek. Timbalan Ketua Polis Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud, berkata terdahulu mangsa yang tidur di ruang tamu menyedari ketiga-tiga suspek memasuki rumahnya dan menjerit menghalau mereka sambil mengarahkan isterinya menghubungi polis. "Mangsa kemudian bergelut dengan ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang sebelum anaknya datang membantu. "Isteri mangsa sempat menghubungi polis dan membunyikan siren keselamatan menyebabkan kumpulan suspek melarikan diri," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, siasatan mendapati kumpulan suspek memasuki rumah itu selepas memotong jeriji tingkap hadapan rumah berkenaan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger