Home » » Dikait skandal 1MDB, Leo digesa letak jawatan utusan PBB

Dikait skandal 1MDB, Leo digesa letak jawatan utusan PBB

Written By canang on Isnin, 17 Oktober 2016 | 10/17/2016 12:42:00 PTG

Aktivis masyarakat sivil telah menggesa superstar Hollywood Leonardo DiCaprio meletak jawatan sebagai utusan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perubahan iklim sekiranya dia gagal menjauhkan diri daripada skandal 1MDB.
Gesaan itu dibuat oleh aktivis dari Malaysia, United Kingdom dan Switzerland dalam satu sidang akhbar di London semalam.
Mereka menggesa DiCaprio untuk menafikan secara terbuka hubungannya dengan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jutawan Malaysia Jho Low.
Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membiayai penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' yang didakwa menggunakan AS$61 juta yang diseleweng dari firma pelaburan tersebut.
"Leonardo DiCaprio secara berterusan enggan menjelaskan hubungan peribadi dan kewangan dengan individu-individu utama dalam skandal 1MDB itu.
"Ini tidak boleh diterima. Jika DiCaprio gagal untuk menjauhkan dirinya daripada rasuah Malaysia, dia perlu meletak jawatan sebagai utusan PBB untuk perubahan iklim.
"Kita tidak boleh menyelamatkan alam sekitar jika kita gagal untuk menghentikan rasuah," kata pengarah Bruno Manser Fund yang berpangkalan di Switzerland Lukas Straumann.
Sementara itu, wakil Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley menggesa supaya dana yang didakwa diseleweng di luar negara dari 1MDB, dikembalikan kepada Malaysia.
"Leonardo DiCaprio dalam kedudukan yang terbaik untuk berbuat demikian dan membayar balik berjuta-juta yang diterimanya daripada Jho Low dan Riza Aziz.
"Pembayar cukai Malaysia tidak boleh ditipu," katanya.
Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memulakan prosiding jenayah terhadap mereka yang terlibat dan memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia supaya memberi bantuan perundangan kepada pihak berkuasa penyiasat negara asing.
Turut hadir di sidang akhbar itu ialah editor Sarawak Report,Clare Rewcastle Brown yang telah memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB. Beliau menggesa penguatkuasaan peraturan perbankan yang lebih ketat, sambil menegaskan bahawa banyak bank secara rela terlibat dalam pengubahan dana 1MDB.
Siasatan The Hollywood Reporter mendedahkan DiCaprio Yayasan Leonardo mendapat manfaat daripada sumbangan Jho Low lebih AS$ 2 juta dalam bentuk tunai dan barangan sejak 2013
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger