Home » » Erdogan gesa negara-negara Islam bersatu sebelum terlambat

Erdogan gesa negara-negara Islam bersatu sebelum terlambat

Written By canang on Rabu, 5 Oktober 2016 | 10/05/2016 06:30:00 PTG

ANKARA, 2 Muharram 1438H, Isnin – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan menggesa negara-negara Islam untuk bersatu dan menunjukkan perpaduan antara satu sama lain sebelum terlambat.
Dalam temu bual dengan stesen televisyen Rotana yang berpangkalan di Arab Saudi, Erdogan berkata, perancangan jahat sedang dibentuk terhadap dunia Islam sekarang.
“Turki dan Arab Saudi menjadi sasaran. Kita lihat bahawa semua bencana dan kesulitan dihalakan terhadap dunia Islam,” katanya.
Pada akhir bulan Ogos lalu, Turki dan Amerika Syarikat telah melancarkan operasi di utara Syria untuk membersihkan kawasan yang ditakluki kumpulan militan Daesh.
Erdogan berkata, negaranya kini menjadi hos kepada hampir 3 juta pelarian dengan kos sebanyak $ 12.5 bilion.
Bagaimanapun, kebanyakan negara Barat lari daripada tanggungjawab terhadap pelarian dan negara-negara itu malah menutup sempadan mereka.
Erdogan juga berkata, beliau akan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden AS, Barack Obama bagi membincangkan mengenai isu gencatan senjata di Syria.
Beliau mengulangi sekali lagi bahawa Assad, yang bertanggungjawab untuk membunuh 600,000 orang awam di Syria, mesti letak jawatan dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada masa depan negara itu. – Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger