Home » » "Hanya Orang Melayu Yang Bising Kerajaan Bawa Masuk Pekerja Asing," - Anak TPM

"Hanya Orang Melayu Yang Bising Kerajaan Bawa Masuk Pekerja Asing," - Anak TPM

Written By canang on Jumaat, 21 Oktober 2016 | 10/21/2016 12:22:00 PTG

Hanya Melayu yang bising, bukan Melayu tidak persoalkan pun usaha kerjaan membawa masuk sejumlah besar pekerja asing ke Malaysia, itulah kata anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Beliau dalam pada itu berkata orang Melayu sewajarnya tidak merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana kaum lain juga mampu berjaya hasil usaha gigih mereka sendiri.

“Kalau hendak bergaduh kamu tidak boleh cari makan di negara sendiri, saya tidak tahulah kepercayaan orang dari luar ini macam mana?

“Orang yang bising ini orang Islam. Ada dengar orang Cina komen? Tidak ada, bukan? Kenapa orang Cina boleh hidup di negara kita? Mereka kerja apa?

“Mereka berniaga kuey tiaw, buka bengkel, tidak bising pun. Kenapa orang Melayu bising? Kenapa orang India tidak bising? Sebab hati,” katanya dipetik laporan ProjekMMO malam tadi.

Ketua penerangan Majlis Belia Selangor berkata kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh sebenarnya tidak ahrus dijadikan isu, selagi pekerja asing terus dipandang negatif maka pelbagai persoalan lain yang tidak sepatutnya akan terus dibangkitkan.

“Dulu masa gadis Malaysia lari ke Lombok, marah kerajaan. Sekarang bawa buruh Bangladesh masuk, [buruh] Bangladesh salah.

“Habis, hendak bawa pekerja Korea? Hendak bawa pekerja Korea yang kacak itu bekerja dengan kita, boleh? Isu ini tidak akan selesai sebab hati,” katanya. - Siakapkeli.my
Share this article :

1 ulasan:

Cahaya Al Majid berkata...

Kalau cakap kerana kepentingan darah daging dan puak sendiri boleh lah pertahankan.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger