Home » » PANAS Wardina BERANI MATI Sound 5 Pelajar AF2016 Hingga Buat MEREKA TERDUDUK

PANAS Wardina BERANI MATI Sound 5 Pelajar AF2016 Hingga Buat MEREKA TERDUDUK

Written By canang on Sabtu, 15 Oktober 2016 | 10/15/2016 08:04:00 PTG

WALAUPUN kini sudah merantau jauh ke Australia, namun Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot tetap mengambil peduli dengan hal yang berlaku dalam negara ini.
Sebagai contoh, baru-baru ini, Wardina ada memuat naik satu status berbunyi, pelajar Akademi Fantasia tidak layak untuk menyarung jubah konvo yang dikhaskan untuk pelajar yang diiktiraf dari segi kelayakan akademik.
Selebriti yang cukup lantang bersuara ini berkata, dengan menyarung jubah konvo itu, ia seolah-olah merendahkan martabat jubah itu sendiri.
“Saya tak mengikuti perkembangan AF. Saya cuma kurang senang dengan jubah konvo yang mereka pakai di atas pentas.
“Mereka tidak bergraduasi dari apa-apa. Jubah dan topi graduasi adalah simbol kehormat mewakili ilmu yang dituntut dari institut pengajian tinggi.
“Graduan layak memakai jubah dan topi mortar tersebut di atas kerja keras, displin dan usaha selama bertahun-tahun menimba ilmu pengetahuan daripada pakar dalam bidang-bidang berkaitan.
“Bermain graduasi olok-olok ini amat membahayakan. Ia adalah satu penipuan kepada diri sendiri dan masyarakat. Anda tidak bergraduasi daripada apa pun.
“Ia hanya sebuah rancangan yang bertahan selama beberapa bulan. Itu sahaja.
<“Saya tak setuju untuk mereka berpura-pura bergraduasi. Semua majlis graduasi olok-olok ini perlu dihentikan.
“Saya merasakan perkara seperti ini tidak menghormati institusi pengajian tinggi dan graduan sebenar,” tulis selebriti berusia 37 itu.

Konsert akhir AF 2016, takhta juara berjaya diraih Amir Syazwan, tempat kedua Amal, ketiga Reshma, keempat Ara dan kelima Afi.
AF2016 dinaungi pengetua, Datuk Shake serta barisan tenaga pengajar, Mas Idayu, Linda Jasmine, Elly Suriaty dan program itu dihoskan Alif Satar dan Zizan Razak. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: bulletinmedia
Share this article :

6 ulasan:

Adam berkata...

Saya setuju dgn dia.
Our AF is nothing.

Adam berkata...

Assalamulaikum Admin,

Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my/

Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

Terima kasih.

Unknown berkata...

Azizan Osman PhD kosong... gegak-gempita Negara sedangkan banyak yg dia bantu (salah tetap salah... siap tunggu hukuman ja) tapi AF ni bertahun pakai jubah graduasi mcm budak U tadak mangkaq bising pun... mgkin sbb minat kot😅😅😅. ... 4 tahun belajar kat U baru bole merasa jubah tu..mcm buat PhD..3 tahun jugak...

Tanpa Nama berkata...

Paling hina AF ini konsert berlangsung pada malam hari raya korban baru baru ini..umat Islam seluruh dunia memberi fokus mengenai wukuf diarafah dalam perlaksanaan rukun Islam ke 5 akan tetapi di Malaysia kita berkiblatkan konsert hiburan...semuga semua yg menjayakan konsert tersebut bertaubat supaya kemurkaan Allah tidak terjadi.

Unknown berkata...

Cucu pak cik pun pakai jubah dan topi macam tu jugak, baru abis tadika....

The Pink Lady berkata...

Apa yg salahnya pakai jubah tu. Dlm tempoh 4 bulan, byk perkara yg dipelajari utk bergelar seorang penyanyi yg mantap dari segi vokal persembahan dan byk lagi. Jika sebelum ini hanya tahu menyanyi biasa2 tp skrg pelajar telah belajar byk perkara. Ulasan saya ttg pemakaian jubah dan topi tersebut. Org yg belajar tadika dan sijil pun pakai jubah. Apapun saya bukan peminat AF. AF melalaikan.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger