Home » » Panel hakim kes Anwar enggan undur, jamin perbicaraan adil

Panel hakim kes Anwar enggan undur, jamin perbicaraan adil

Written By canang on Rabu, 12 Oktober 2016 | 10/12/2016 10:35:00 PTG

 Permohonan melucutkan kelayakan panel 5 hakim itu dibuat kerana mereka adalah hakim sama yang menolak permohonan Anwar, pada 24 Mei lalu, untuk memanggil Ramli memberi bukti tambahan bagi kes itu.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada sebab melucutkan kelayakan panel 5 hakim daripada mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan liwat dalam cubaan terakhirnya dibebaskan dari penjara, hari ini.
Peguam bekas ketua pembangkang itu mengemukakan permohonan untuk melucutkan kelayakan panel itu, kerana mereka adalah hakim sama yang menolak permohonan Anwar pada 24 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusof memberi bukti tambahan bagi kes liwat itu.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel 5 hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Sabah Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin serta Tan Sri Zaharah Ibrahim.
“Kami tidak fikir 2 perenggan (dalam penghakiman sebelum ini) yang dirujuk (Datuk Seri) Gopal Sri Ram akan menyebabkan panel berat sebelah terhadap Anwar.
“Perenggan itu yang dikatakan dalam konteks mengemukakan bukti tambahan oleh Ramli Yusof,” kata Zulkefli yang memberi jaminan kepada Anwar akan mengendalikan perbicaraan itu secara adil, berdasarkan fakta dan bukti.
Sehubungan itu, permohonan mengetepikan sabitan liwat Anwar diteruskan di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, memohon untuk mengetepikan keputusan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mendapati dia bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
Barisan peguambela Anwar diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal serta Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin.
Peguam Anwar dijangka menggunakan Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk semakan semula keputusan panel 5 hakim, dan akan dibenarkan mendengar semula rayuannya.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger