Home » » Saman selesai, Utusan bayar Anwar RM50,000

Saman selesai, Utusan bayar Anwar RM50,000

Written By canang on Khamis, 6 Oktober 2016 | 10/06/2016 11:19:00 PG

 Utusan juga akan menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu dalam tempoh 2 minggu dan tidak akan menerbitkan laporan sama.
KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd bersetuju membayar ganti rugi RM50,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan laporan mendakwa bekas ketua pembangkang itu mendalangi pencerobohan Lahad Datu, pada 2013.
Peguam syarikat itu, Wan Azmir Wan Majid berkata, Utusan akan menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu dalam tempoh 2 minggu dan tidak akan menerbitkan laporan sama.
“Utusan menerusi laporan bertarikh 2 Mac 2013 mendakwa Anwar ialah dalang dalam (pencerobohan) Lahad Datu, kami faham laporan yang memetik Manila Times serta Inquirer News itu tidak berasas dan berlaku tidak adil terhadapnya.
“Kami kini menyuarakan kekesalan kami kepadanya kerana laporan itu sudah memalukan dan menyebabkan beliau tertekan,” katanya ketika membacakan penghakiman persetujuan kepada hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noraini Abdul Rahman, hari ini.

Noraini berkata, menyelesaikan tuntutan mahkamah itu lebih baik daripada meneruskannya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada plaintif dan defendan yang berjaya mencari penyelesaian secara baik,” katanya.
Sementara itu, peguam Anwar, S Ambiga berkata, saman terhadap TV3 dan pengarangnya akan diteruskan, memandangkan tiada penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak.
Anwar memfailkan saman terhadap Utusan dan TV3, pada Mac 2013, kerana mendakwanya terbabit dalam pencerobohan di Lahad Datu.
Beliau turut menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima Bhd, Datuk Shaharudin Abd Latif serta Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dalam saman itu bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger