Home » » Yuran mahal masalah utama pelajar universiti, bukan baucar buku

Yuran mahal masalah utama pelajar universiti, bukan baucar buku

Written By canang on Selasa, 25 Oktober 2016 | 10/25/2016 12:00:00 PTG

 Anis Syafiqah berkata, kerajaan sepatutnya menyelaraskan kadar yuran standard dan berpatutan untuk semua universiti awam, bagi mengurangkan beban kewangan pelajar serta ibu bapa
 PETALING JAYA: Masalah utama pelajar universiti ialah yuran mahal dan tidak selaras, bukannya penggantian baucar buku dengan kad debit, kata penganjur #TangkapM01 Anis Syafiqah Md Yusof.
Pelajar Universiti Malaya itu berkata kerajaan sepatutnya menyelaraskan kadar yuran standard dan berpatutan untuk semua universiti awam, bagi mengurangkan beban kewangan pelajar serta ibu bapa.
“Yang mungkin sedikit sebanyak terkesan disebabkan pemotongan bajet universiti sebanyak RM8.7 bilion kepada RM7.3 bilion (sebanyak RM1.4 bilion dipotong) dalam Bajet 2016.
“Bukankah peruntukan pendidikan tinggi bagi 20 universiti awam dinaikkan daripada RM7.3 bilion pada 2016 kepada RM7.4 bilion pada 2017?Mengapa tidak kerajaan menyelaraskan kadar yuran yang standard dan berpatutan bagi universiti awam,” soalnya ketika dihubungi FMT.
Beliau mengulas pengumuman Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar berjumlah RM250 bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan pendidikan tinggi.
Najib berkata, kad debit itu akan memanfaatkan 1.3 juta pelajar dalam pembelian buku, alat tulis,  peralatan komputer dan akses Internet.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger