Home » » Kenapa beri Oxford RM52 juta tapi potong dana universiti Malaysia

Kenapa beri Oxford RM52 juta tapi potong dana universiti Malaysia

Written By canang on Khamis, 10 November 2016 | 11/10/2016 08:46:00 PTG

Pengerusi Mahasiswa Amanah, Ahmad Fadhli Umar berkata, kerajaan melalui Bajet 2017 memotong 20 hingga 40% peruntukan IPTA – Foto FMT
KUALA LUMPUR – Amanah mempersoalkan tindakan kerajaan menaja RM52 juta untuk bangunan Pusat Kajian Islam Oxford (OCIS) di United Kingdom, sedangkan peruntukan bagi universiti tempatan dikurangkan.
Menurut laporan Malaysiakini, jumlah itu belum ditambah dengan tajaan RM12 juta oleh Malaysia bagi pembinaan dan hiasan dalaman auditorium OCIS.
Tajaan itu diumumkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke OCIS untuk menyampaikan ucapatamanya.
Pengerusi Mahasiswa Amanah, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, kerajaan melalui Bajet 2017 yang diumumkan bulan lalu memotong 20 hingga 40% peruntukan untuk Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.lagi baca disini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger