Home » » Najib Sekarang Melakukan Sesuatu Sangat Bahaya Lebih Bahaya Dari 1MDB - Mahathir

Najib Sekarang Melakukan Sesuatu Sangat Bahaya Lebih Bahaya Dari 1MDB - Mahathir

Written By canang on Khamis, 3 November 2016 | 11/03/2016 09:31:00 PTG



CYBERJAYA, 2 Safar 1438H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang melakukan sesuatu yang amat bahaya dan jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan menerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Perdana Menteri berkata, dalam pada hutang 1MDB masih belum berbayar, Najib kini membuat hutang baharu berjumlah RM55 bilion dengan China bagi pelaksanaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur.

Beliau berkata, Najib melakukan perbuatan bodoh dengan membuat hutang baharu, tetapi tidak menyelesaikan hutang lama yang ditanggung oleh 1MDB.

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketikaberucap pada majlis kesyukuran, solat hajat dan tahlil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di sini, malam tadi. Hadir sama, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

“Hari ini perbuatannya lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan dengan wang 1MDB. Dia nak tunjuk legasi dia, sesuatu peninggalan dia yang besar yang mengagumkan. Dia mula-mula bercakap untuk membina high speed train dari Singapura ke Kuala Lumpur.

“Sekarang ini nak dibina East Coast Railway. High speed train kalau nak bina memang menelan belanja yang banyak, sedangkan kita tahu nak bayar hutang 1MDB pun tak ada duit, tiba-tiba nak buat highspeed train RM50 bilion.

“Lepas itu terbaru nak buat East Coast Railway RM55 bilion.. Dah la kita hutang 1MDB RM53 bilion yang belum dibayar, sekarang ini nak buat high speed train.. jadi RM103 bilion.. lepas itu nak buat East Coast Railway RM55 bilion.

“Jumlah semua RM158 bilion tambahan hutang… bukan nak bayar hutang, tetapi meningkatkan lagi jumlah hutang negara, jumlah hutang kerajaan. Kalau kita fikir, ini adalah perbuatan yang bodoh,” katanya mengulas perjanjian dicapai dalam lawatan enam hari Najib ke China bermula Isnin lalu


Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger