Home » » RM17 juta untuk bola sepak Selangor

RM17 juta untuk bola sepak Selangor

Written By canang on Jumaat, 4 November 2016 | 11/04/2016 10:46:00 PG


SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan kira-kira RM17 juta bagi kos perbelanjaan pasukan Bola Sepak Selangor sehingga Oktober tahun ini.
Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, ia adalah bagi membantu pasukan terbabit dalam penyertaan di Liga Super.
 “Sehingga Julai tahun ini, kita memberikan RM13.87 juta untuk perbelanjaan pasukan dan tambahan sekitar RM3 hingga RM4 juta pada September hingga Oktkber lalu.
 “Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha ke arah peningkatan pasukan dengan membuat rombakan dan penyusunan semula sebagai persiapan musim depan,” katanya menjawab pertanyaan lisan Khasim Abdul Aziz (Lembah Jaya – PAS) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.
 Beliau berkata, perancangan teliti perlu dilakukan berikutan dua pasukan dari negeri itu iaitu Selangor dan PKNS FC akan bertanding dalam Liga Super musim depan.
Katanya, Kerajaan Negeri harus memikirkan satu langkah konfrehensif bagaimana mampu menggunakan kos dan menyusun program dengan baik agar tidak berlaku seperti Terengganu yang mempunyai dua pasukan dalam liga sama muism ini.
“Terengganu dan T-Team bertanding untuk negeri itu di mana kedua-duanya terkandas dan satu daripadanya terpaksa keluar dari liga.
“Musim ini, Selangor menduduki tangga kelima liga dan gagal mengekalkan Piala Malaysia biarpun beraksi dalam perlawanan akhir.
“Pasukan juga layak ke pusingan ketiga Piala FA dan terkandas di peringkat kumpulan Piala AFC,” katanya.
Menjawab pertanyaan tambahan Dr Yaakob Sapari (Kota Anggerik – Keadilan), Amirudin berkata, Kerajaan Negeri kini merancang menswastakan Bola Sepak Selangor menjelang 2018.
Katanya, dalam beberapa tahun jni, Kerajaan Negeri dan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bersedia melaksanakannya, namun prosesnya terlalu perlahan serta tiada kelulusan lagi dari FAS.
“Kerajaan Negeri tidak mengetengahkan belanjawan untuk bola sepak tahun ini kerana kuta mahu menyusun semula supaya ia diswastakan dan tidak terlalu bergantung kepada kita hingga wujud kecemburuan di kalangan sukan lain,” katanya.
selangorkini.my
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger