Home » » Sultan Perak ingatkan Melayu elak jadi bangsa badut

Sultan Perak ingatkan Melayu elak jadi bangsa badut

Written By canang on Rabu, 9 November 2016 | 11/09/2016 09:50:00 PTG


Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkata setiap kegagalan dan kesilapan yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya ditanggung oleh seluruh bangsa – Foto FMT
SHAH ALAM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu orang Melayu membuktikan mereka bangsa yang bermaruah dan memiliki harga diri supaya tidak menjadi bahan ketawa.
“Melayu itu hendaklah berimej orang yang dihormati, bukan orang yang ditakuti,” baginda berucap ketika merasmikan Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.
“Buktikan bangsa Melayu bangsa yang pintar, dengan menghentikan perbuatan mengolah cipta pelbagai penglipur lara untuk dijadikan halwa telinga, atau berimej badut hingga dijadikan bahan ketawa. Setiap kegagalan – setiap kesilapan, yang dilakukan oleh anak Melayu, aibnya ditanggung oleh seluruh bangsa.”
Sultan Nazrin mengakui masyarakat Melayu merupakan bangsa yang sensitif, tetapi adalah lebih penting membuktikan mereka juga memiliki sifat seperti menepati janji, membayar balik hutang dan tidak berdusta.
“Muliakan bangsa Melayu, dengan memperkayakan sopan dan tertibnya, adat dan adabnya, hemah dan budinya.”
Menurutnya, orang Melayu perlu menyerahkan amanah kepada Melayu yang benar-benar berwibawa dan berpengetahuan “daripada menyerahkan kepada orang perantaraan yang bersifat parasit, berniaga secara buluh kasap, untung tiada, modal pun lesap”.LAGI BACA DISINI
Share this article :

2 ulasan:

Unknown berkata...

Aduhhhh...pedih telunga abg Jib dengar..
Peniaga buluh kasab...
Untung tiada..modal lesap

mazmad berkata...

Memang dah jadi badut pun..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger