Home » » Azmin: Semua pegawai k’jaan negeri isytihar harta

Azmin: Semua pegawai k’jaan negeri isytihar harta

Written By canang on Khamis, 1 Disember 2016 | 12/01/2016 08:02:00 PTG

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata, semua pegawai kanan di negeri itu telah mengisytiharkan harta mereka dan menandatangani perjanjian integriti dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Di peringkat kerajaan negeri, ia bukan sahaja eksekutif yang mengisytiharkan aset mereka, tetapi semua pihak juga menandatangani perjanjian integriti dengan SPRM.
"Ini menunjukkan komitmen serius bagi memastikan kerajaan yang bersih, bertanggungjawab dan telus," katanya pada sidang akhbar di Shah Alam, hari ini.
Mengulas cadangan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai pengisytiharan harta, Azmin berkata dasar kerajaan negeri menjangkaui cadangan itu.
"Ia bukan mengenai saya menyokong mana-mana individu. Ia adalah dasar kerajaan negeri dan sebenarnya kita telah melakukan lebih daripada itu," katanya.
Katanya kerajaan negeri, jabatan-jabatan kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan di Selangor juga menandatangani perjanjian integriti dengan SPRM.
Timbalan Presiden PKR itu ditanya sama ada beliau akan menyokong cadangan Rafizi untuk meminta semua ahli Parlimen dan penjawat awam kanan supaya mengisytiharkan aset mereka.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger