Home » » Bagaimana Noh Omar miliki tanak seluas 30 ekar di Tanjong Karang

Bagaimana Noh Omar miliki tanak seluas 30 ekar di Tanjong Karang

Written By canang on Jumaat, 23 Disember 2016 | 12/23/2016 08:00:00 PTG

Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) mendesak Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengemukakan penjelasan kepada rakyat bagaimana beliau boleh memiliki tanah seluas 30 ekar di Tanjong Karang.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri mempersoalkan apakah keistimewaan beliau sebagai Menteri Pertanian dan Asas Tani sehingga melayakkan beliau untuk memiliki tanah berkenaan dengan jumlah bayaran premium sebanyak RM 9,760 pada tahun 1995.
“Apa yang kita ingin pertikaikan, bagaimana nama beliau boleh mendapat tanah tersebut dan atas dasar apa yang melayakkan beliau. Yang ini beliau kena jelaskan. Sehingga hari ini beliau tidak menjawab pendedahan yang dibuat oleh YB Ng Suee Lim dalam sidang Dun Selangor baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.
Pada Sidang Dewan Negeri Selangor pada Julai 12, Suee Lim mendedahkan yang Noh membeli tanah itu pada 13 Jun 1995.
Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
Dokumen berkenaan mendakwa penglibatan Noh Omar terhadap projek kolam udang di Tanjong Karang disamping penemuan satu kaveat agar Noh terus menyewakan tanahnya seperti dipersetujui kedua-dua pihak.
Dakwanya lagi, dalam dokumen yang perolehinya itu menunjukkan adanya akuan bersumpah yang menunjukkan adanya kerjasama antara Noh dengan syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd yang melaksanakan projek penternakan udang itu.
Di dalam laporan portal Malaysiakini sebelum ini, Noh yang juga Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani berkata beliau menyewakan tanah seluas 30 ekar miliknya kepada syarikat itu dan tidak terlibat mengusahakan projek udang tersebut.
Pengarah Pristine Agrofood, Chu Bak Teck juga turut menafikan penglibatan Noh Omar dan menyatakan beliau hanya menyewakan tanahnya sahaja.
Pada 8 Ogos lalu kira-kira 150 petani dan nelayan mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk projek kolam udang yang didakwa dimiliki Noh Omar di mana kewujudan kolam berkenaan menjejaskan sumber pendapatan mereka.
Azmizam dan AMK Selangor turut mengucapkan terima kasih diatas pendedahan yang dibuat Suee Lim dan selain penghargaan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah meluluskan dasar supaya semua wakil rakyat tidak boleh mendapat tanah selain rakyat yang memerlukan.sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger