Home » » Barah bukan penghalang, Julia Perez sedia kahwin lagi

Barah bukan penghalang, Julia Perez sedia kahwin lagi

Written By canang on Selasa, 27 Disember 2016 | 12/27/2016 05:00:00 PTG

Mengidap barah pangkal rahim tahap empat tidak menghalang selebriti kontroversi Indonesia Julia Perez memasang impian untuk berkahwin buat kali ketiga.
Bagaimanapun, Julia atau lebih dikenali dengan julukan Jupe itu sudah serik bertemu jodoh dengan lelaki berdarah Inggeris.
Julia menegaskan calon pasangannya itu nanti mestilah terdiri daripada lelaki dari Indonesia.
“Saya tidak mahu 'bule' (orang putih). Saya mahu lelaki Indonesia saja.
“Kalau ada yang mahu, datang saja ke rumah mama saya, dibuka pendaftarannya,” kata penyanyi “Belah Duren” itu, seperti dilaporkan media tempatan.
Julia, 36, pernah mendirikan rumahtangga dengan bekas model Perancis Demien Perez pada 2002 sebelum meminta cerai pada 2008.
Disebabkan pernikahan mereka bukan dilakukan di Indonesia, tetapi Perancis, proses perceraian itu mengambil masa selama lima tahun sebelum dimuktamadkan.
Pada 2009, Julia dispekulasi menjalin hubungan dengan pemain bola sepak Argentina – yang dikatakan menjadi punca perpisahannya dengan Demien - dan kemudian dilaporkan bernikah senyap-senyap pada 2013.
Bagaimanapun, untuk mengahwini Julia, pasangannya itu nanti harus ikhlas menerima keadaannya yang tidak boleh melahirkan anak.
“Kalau ada yang mahu, maaf keadaan saya sekarang sedang berjuang dengan menapause,” katanya seperti dilaporkan Tribunnews.
Sementara itu, Ria Irawan yang melangsungkan pernikahan baru-baru ini yakin jejak langkahnya mendirikan rumahtangga itu akan diikuti Julia.
Malah Ria menitipkan pesan kepada rakannya itu bahawa impian seperti itu boleh terlaksana sekiranya status kesihatan sebenar tidak disembunyikan dari pasangan.
“Jupe akan dapat jodoh kalau dia boleh jujur dengan situasi dihidapi,” katanya lagi.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger