Home » » Demo Air Tak Ada, Siti Nurhaliza Bidas Jamal

Demo Air Tak Ada, Siti Nurhaliza Bidas Jamal

Written By canang on Khamis, 22 Disember 2016 | 12/22/2016 08:12:00 PTG

KUALA LUMPUR – Penyanyi no 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin membidas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana membuat demo di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pagi tadi.

Menyifatkan Jamal sebagai tidak faham bahasa, Siti menerusi Instagramnya menulis kapsyen yang di ‘repost’ daripada penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman supaya masyarakat tidak meniru apa yang dilakukan oleh Jamal.

“Jangan jadi macam Jamal ye…,”katanya bersama beberapa hashtag #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #repost @yasinsulaiman.

Kapsyen yang mendapat 5,954 dan 429 komen itu turut menerima reaksi yang bersetuju dengan pandangan Siti.

Terdahulu, Jamal membuat demonstrasi di hadapan pintu masuk (SUK) dalam keadaan bertuala untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor, pagi tadi.
Beliau turut membawa peralatan untuk kegunaan mandi lain seperti sabun dan berus gigi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di Selangor.

“Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah,”katanya.

Beliau tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.-SuaraTV
Share this article :

3 ulasan:

Mieza S berkata...

Jamal dan benyai berpisah tiada.

Bagai isi dengan kuku.

kampong lad berkata...

4 hari dia tak solat?

Unknown berkata...

Kalau start dekat semua negeri mentwri besar nanti jamal berapi

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger