Home » » Harussani nasihat Tun M henti buat kerja sia-sia

Harussani nasihat Tun M henti buat kerja sia-sia

Written By canang on Selasa, 27 Disember 2016 | 12/27/2016 07:46:00 PTG

KUALA LUMPUR: Tun Dr
Mahathir Mohamad diminta berhenti daripada terus mencari jalan
menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan membuat
dakwaan tidak berasas termasuk menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
sebagai wang rasuah.

Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu dinasihat menggunakan baki usia
yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.

Sambil menyifatkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu
sebagai orang kecewa dan putus asa, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani
Zakaria menasihatkan Dr Mahathir supaya menghentikan sebarang tindakan
yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.

Katanya, dakwaan BR1M sebagai wang rasuah adalah satu penghinaan kepada
kerajaan dan penerima kerana bantuan itu adalah antara program ke arah
menjayakan konsep negara berkebajikan, malah tindakan sama dilakukan Dr
Mahathir dalam isu pemberian bantuan wang ehsan khusus kepada rakyat
Terengganu.

"Dr Mahathir tidak berhak mengeluarkan fatwa mengenai BR1M kerana beliau
 bukan orang alim, malah beliau mungkin tidak memahami takrif rasuah.
Saya nasihatkan berhentilah mencari jalan menjatuhkan orang dengan
membuat tuduhan yang bukan-bukan, lebih baik beramal di hujung hayat
yang masih ada.

"Tuduhan Dr Mahathir itu akhirnya akan menimbulkan kebencian rakyat
sedangkan beliau tahu siapa saja yang makan rasuah sudah tentu masuk
neraka sedangkan bantuan itu adalah antara program kebajikan untuk
membantu rakyat yang kurang bernasib baik.

"Sikap Dr Mahathir itu jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang
kecewa dan berputus asa apabila parti baharu yang ditubuhkan itu gagal
meraih sokongan dan sambutan daripada rakyat," katanya kepada BH, hari
ini.

Harussani berkata, adalah jelas program BR1M bukan rasuah kerana semua
golongan tanpa mengira bangsa dan ideologi politik menikmati bantuan
itu
Share this article :

1 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Tok peti patut terjun ke gelanggang politik sebab Madey orang politik dan cakapnya juga politik. Nak tanya sikit. Bughah tak Madey?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger