Home » » Jamal Yunos langgar undang-undang, kata Ketua Polis Selangor

Jamal Yunos langgar undang-undang, kata Ketua Polis Selangor

Written By canang on Jumaat, 30 Disember 2016 | 12/30/2016 04:47:00 PTG


Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos melanggar undang-undang apabila melakukan pemeriksaan dan serbuan tanpa kebenaran kerana ia adalah pencerobohan ke atas sesuatu tempat.
Katanya, Jamal yang juga adalah ketua Umno Sungai Besar, seharusnya menggunakan saluran betul seperti menyerahkan memorandum kepada pihak berkuasa tempatan sesebuah daerah berhubung aktiviti premis perjudian yang wujud di sekitar Selangor.
“Jika pemilik sesebuah premis membuat laporan, Datuk Seri Jamal boleh dikenakan tindakan atas kesalahan berkenaan.
“Dia mungkin mempunyai niat yang baik untuk mendedahkan kegiatan judi dan maksiat serta pusat hiburan haram sekitar Selangor, namun gunakanlah saluran yang betul,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.
Selain, pemeriksaan dan serbuan tanpa kebenaran yang merupakan satu kesalahan, Abu Samah berkata, tindakan berkenaan turut mengancam keselamatan Jamal dan pengikutnya.
Portal itu juga memetik ketua polis Selangor berkata, Jamal boleh membuat laporan polis berhubung aktiviti seumpama itu jika berpendapat tindakannya untuk memaklumkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor, tidak dilayan.
“Saya bimbang juga kerana aktiviti mesin judi mempunyai rangkaian dengan elemen kongsi gelap dan ini boleh membahayakan dirinya sendiri,” katanya.
Mengulas dakwaan Jamal bahawa terdapat ratusan premis perjudian tanpa lesen di sekitar Selangor, Abdul Samah berkata beliau ingin melihat bukti terlebih dahulu.
Portal Malaysiakini semalam melaporkan, ketua gerakan Baju Merah itu mengugut untuk merobohkan sendiri bangunan dan premis yang beroperasi sebagai disko, rumat urut dan perjudian di sekitar daerah Sabak Bernam.
Malah, beliau turut dilaporkan mengakui telah menyewa mesin pengorek dan jengkaut untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan.
Beliau yang juga adalah pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort sebelum ini berang, apabila Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bertindak menyita dan merobohkan sebahagian struktur di resortnya itu minggu lalu kerana beroperasi tanpa lesen yang sah.
Jamal mendakwa tindakan terhadap resortnya itu dibuat susulan ‘bantahan bertualanya’ terhadap gangguan bekalan air di Selangor baru-baru ini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger