Home » » Kes 1MDB: Bekas Pengarah BSI S'pura Yvonne Seah dipenjara 2 minggu, didenda S$10,000

Kes 1MDB: Bekas Pengarah BSI S'pura Yvonne Seah dipenjara 2 minggu, didenda S$10,000

Written By canang on Sabtu, 17 Disember 2016 | 12/17/2016 11:10:00 PTG

Kes 1MDB: Bekas Pengarah BSI S'pura Yvonne Seah dipenjara 2 minggu, didenda S$10,000

SINGAPURA: Mantan pengarah Bank BSI Singapura Yvonne Seah Yew Foong mengaku bersalah terhadap tuduhan-tuduhan yang ada kaitan dengan siasatan Singapura terhadap dana pelaburan 1MDB.

Seah yang berusia 45 tahun mengaku bersalah terhadap 3 daripada 7 tuduhan. Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu dan didenda S$10,000.

Salah satu daripadanya adalah kerana gagal membuat aduan mengenai pemindahan-pemindahan wang yang mencurigakan dan dua lagi adalah atas tuduhan pemalsuan.

Seah mengaku bahawa dia sengaja mengabaikan beberapa pemindahan wang yang mencurigakan.


 Pemindahan-pemindahan wang itu melibatkan akaun-akaun milik hartawan Malaysia Jho Low.

Encik Low dinamakan sebagai seorang yang menarik perhatian Singapura dalam siasatan 1MDB di sini di tengah-tengah dakwaan bahawa dia menggelapkan berbilion-bilion dolar daripada dana kerajaan Malaysia.

Dalam tempoh dua minggu pada 2012, Encik Low memindahkan wang sebanyak AS$790.35 juta (S$1140 juta) dari 1MDB Energy (Langat), di mana wang sebanyak AS$110 juta (S$160 juta) kemudian dipindahkan ke akaun bank Switzerland yang bernama Selune.Sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger