Home » » MYKAD LELONG: SALAH SIAPA?

MYKAD LELONG: SALAH SIAPA?

Written By canang on Sabtu, 10 Disember 2016 | 12/10/2016 08:24:00 PTG

MYKAD LELONG: SALAH SIAPA?
Kementerian Kesihatan semalam mendedahkan terdapatnya aktiviti penjualan bayi yang baru lahir hasil kerjasama sindiket dan klinik-klinik swasta.
Sementara itu Harian Metro edisi cetak hari ini membongkar kegiatan sindiket menjual kad pengenalan bermutu tinggi (KPT/MyKAD) pada kadar antara RM100 hingga RM18,000.
Admin percaya kedua-dua sindiket berkenaan mempunyai pertalian antara satu sama lain terutamanya berkaitan dengan isu pengundi hantu yang melibatkan tujuh ratus ribu rakyat berketurunan Cina atau dari Negara China sebagaimana yang didedahkan oleh seorang mantan Perdana Menteri baru-baru ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum ini berjaya mengesan dan menangkap seramai 35 anggota imigresen yang terlibat dalam kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), terutamanya dari Negara China.
Admin sangat berharap suatu siasatan yang telus dan tindakan yang pantas serta konkrit diambil oleh pihak berwajib bagi menangani perkara ini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger