Home » » Persekutuan majikan jangka 50,000 pekerja dibuang tahun depan

Persekutuan majikan jangka 50,000 pekerja dibuang tahun depan

Written By canang on Jumaat, 30 Disember 2016 | 12/30/2016 07:30:00 PTG

 Samsuddin berkata, sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans manakala pekerja sektor teknologi kewangan, teknologi insurans, pembuatan dan pembinaan juga berisiko tinggi dibuang.
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada tahun depan akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Oriental Daily 31,000 pekerja diberhentikan setakat September lalu dan sehingga 50,000 orang dijangka dibuang tahun depan dengan sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans.
Beliau berkata, risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech), pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan merosot.
Beliau meramalkan produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil tahun depan danseterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja.
“Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di negara pengeksport utama, termasuk negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun yang mengakibatkan pasaran eksport lemah.
“Dalam pasaran tempatan pula, harga barangan dan perkhidmatan akan naik menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat dan pengguna berwaspada ketika berbelanja.”
Dalam pada itu, Samsuddin berkata, kadar kenaikan gaji di kebanyakan syarikat tidak tinggi, malah lebih rendah daripada kadar kenaikan tahun ini.
Beliau berkata, kadar kenaikan gaji bagi pekerja bukan eksekutif tahun ini ialah 5.51% dan tahun depan dijangkakan 5.43%, manakala kadar kenaikan gaji bagi eksekutif pula ialah 5.55% tahun ini, tetapi ia mungkin naik sekitar 5.3% sahaja tahun depan.
Ini kerana, katanya, pendapatan dan keuntungan kebanyakan majikan terjejas dan dijangka mengalami penurunan 30% hingga 40% tahun ini berbanding 2015.
Beliau berkata, cabaran terbesar majikan pada tahun depan ialah bagaimana mengekalkan prestasi perniagaan dan jumlah pekerja ketika modal berniaga semakin meningkat.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger