Home » » Raja baharu Thailand ampun 150,000 banduan

Raja baharu Thailand ampun 150,000 banduan

Written By canang on Sabtu, 17 Disember 2016 | 12/17/2016 07:32:00 PTG


BANGKOK: Raja baharu Thailand, Maha Vajiralongkorn dijangka memberi pengampunan atau memendekkan tempoh hukuman penjara kepada kira-kira 150,000 banduan termasuk yang dipenjara mengikut undang-undang menghina raja.
Vajiralongkorn menaiki takhta pada 1 Disember baru-baru ini selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lepas.
“Ini merupakan peluang pertama sejak baginda menaiki takhta untuk menunjukkan belas kasihan baginda.
“Banduan yang dipenjara kerana menghina monarki dan kesalahan dadah juga layak menerima pengampunan baginda, kata Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Kobkiat Kasivivat yang disiarkan akhbar diraja, Royal Gazette.
Bagaimanapun, seorang pegawai lain di jabatan berkenaan memberitahu, banduan yang disabitkan atas kesalahan membunuh dan merogol terkecuali.
Statistik Jabatan Penjara pada Julai lalu menunjukkan terdapat seramai 321,347 banduan di Thailand. – Reuters
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger