Home » » VIDEO...BELON POLYESTER MELETUP MENGELUARKAN API

VIDEO...BELON POLYESTER MELETUP MENGELUARKAN API

Written By canang on Jumaat, 16 Disember 2016 | 12/16/2016 11:53:00 PG



 Sebuah video yang memaparkan sebiji belon jenis polyester yang tidak semena-mena meletup menghasilkan nyalaan api sedang tular di media sosial. Letupan itu telah mengakibatkan kanak-kanak yang bermain dengan belon itu mengalami lecuran. Ini bukan kali pertama insiden seperti ini terjadi, dan saya pasti bukan kali terakhir. Ada beberapa perkara ibubapa perlu tahu tentang belon dan gas yang digunakan untuk mengisinya. Antara gas yang menjadi pilihan popular pengusaha belon adalah udara, manakala pilihan untuk belon apung pula adalah hidrogen dan helium. Belon berisi udara adalah selamat, belon apung pula ada risiko untuk menjejaskan keselamatan. Oleh itu ibu apa perlu tahu perkara ini tentang gas hidrogen dan helium. 1) Daya Apungan Isipadu helium adalah 1/8 daripada isipadu udara, manakala isipadu hidrogen pula hanya 1/16 daripada isipadu udara. Ini bermakna hidrogen jauh lebih ringan berbanding helium. Namun begitu, dalam aplikasi sebenar, tiada banyak beza daya apungan jika gas-gas ini digunakan untuk mengisi belon. 2) Harga Helium adalah gas yang lebih langka daripada gas hidrogen. Sumber yang terhad ini menjadikan ia lebih mahal daripada hidrogen yang lebih mudah didapati. Faktor ini menjadikan gas hidrogen menjadi pilihan pengusaha belon apung yang mementingkan pulangan yang tinggi. 3) Keselamatan Helium adalah gas adi, ini bermakna ia tidak(hampir tidak) bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Ini menjadikan ia stabil dan tidak mudah terbakar. Hidrogen pula sangat reaktif dan diketahui sifatnya yang mudah terbakar. Jika keselamatan yang menjadi keutamaan, helium adalah pilihan yang lebih baik. Diskusi Ada pengusaha belon apung yang merasionalisasi pilihan menggunakan hidrogen dengan memberi alasan bahawa belon hidrogen selamat jika tidak terdedah kepada sumber api. Namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan material belon menghasilkan cas eletrostatik. Jika cas itu cukup kuat, ia boleh hasilkan percikan api mikro. Percikan api + hidrogen = kecelakaan Kesimpulan Pengusaha belon apung disarankan agar tidak sama sekali menggunakan hidrogen. Apatah lagi mendakwa guna gas helium dan caj pembeli dengan harga gas tersebut padahal sebenarnya menggunakan gas hidrogen. Jangan letakkan keuntungan di atasi keselamatan pembeli. Memandangkan secara fizikal, tiada cara membezakan belon apung helium daripada belon hidrogen, para pembeli pula dinasihatkan supaya berhati-hatilah. Jauhkan belon apung daripada sumber api — rokok, pemetik api, peralatan elektrik, dsb. Pantau anak-anak anda. Utamakan Keselamatan. Nota: Belon di dalam video ini tidak terapung, tetapi masih ada kemungkinan ia diisi dengan hidrogen. Setelah beberapa hari, apabila sebahagian atom hidrogen telas tiris keluar, ia sudah tidak cukup untuk mengapung belon
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger