Home » » 39 lelaki bogel di pusat peranginan ditahan polis

39 lelaki bogel di pusat peranginan ditahan polis

Written By canang on Isnin, 23 Januari 2017 | 1/23/2017 01:41:00 PTG


BENTONG - Tindakan melampau 39 lelaki yang berbogel dalam satu aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di sini, semalam kini telah ditahan oleh sepasukan pihak polis.
Dalam kejadian kira-kira enam petang itu, peserta yang berumur antara 19 hingga 23 tahun berkenaan sedang melakukan satu aktiviti dalam sebuah kem motivasi yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta.
Ketua Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata pihaknya telah menerima panggilan telefon daripada orang awam pada jam 6.12 petang memberitahu ada sekumpulan lelaki yang tidak berpakaian (bogel) menjalankan aktiviti di padang permainan sebuah pusat peranginan di daerah ini.
Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kumpulan lelaki yang dilihat berbogel  adalah peserta kem motivasi.
“Terdapat 39 orang peserta  yang berumur antara 19 hingga 23 tahun yang menyertai kem motivasi ini dan 9 orang lagi merupakan wakil syarikat untuk menyelia program motivasi tersebut.
“Menurut kata ketua penyelia aktiviti, pada jam lebih kurang 5.30 petang semasa berada di permainan, peserta sedang bermain satu permainan yang dinamakan ‘All Out’ di mana para peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada terlekat pada badan peserta.
“Semasa permainan ada para peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga para peserta mula menanggalkan keseluruhan pakaian di badan mereka dan berbogel,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.
Mansor berkata, pengurus resort  ada memaklumkan bahawa pihaknya hanya menyediakan kemudahan seperti makanan, peralatan dan tempat tinggal untuk para peserta kem motivasi.
Pihak Resort telah dimaklumkn mengenai tentative program yang akan dijalankan tetapi tidak menyatakan secara spesifik jenis aktiviti yang hendak dijalankan.
Dalam pada itu, beliau berkata sepasukan polis telah memantau kumpulan tersebut  semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan dalam dewan resort tersebut
“Pihak kami telah  membuat serbuan dan tangkapan pada jam 12.30 tengah malam tadi semasa kumpulan masing-masing sedang menjalankan aktiviti berkumpulan di resort berkenaan.
“Seramai 39 peserta telah ditahan tahun termasuk sembilan wakil syarikat dan fasilitator bagi membantu siasatan di dalam kes ini,” katanya.
Tambahnya, seramai 46 lelaki dan dua perempuan kini disiasat di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan SH
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger