Home » » Pengikut "Nabi" Diajar Minum Minyak Pelincir

Pengikut "Nabi" Diajar Minum Minyak Pelincir

Written By canang on Sabtu, 21 Januari 2017 | 1/21/2017 09:31:00 PTG

SEORANG lelaki yang mengaku dirinya 'nabi' dalam kalangan penganut Kristian, mencetuskan kontroversi apabila meminta pengikutnya meminum minyak pelincir enjin untuk 'diselamatkan atau sembuh daripada penyakit'.
Bongani Maseko yang mengetuai pertubuhan agama, Breath of Christ Ministries di Daveyton, Afrika Selatan, mengaku menggunakan minyak pelincir enjin untuk diberikan kepada pengikutnya walaupun ada pihak mendakwa dia hanya menggunakan botol yang diisi dengan air biasa.
Malah lebih mengejutkan, ramai pengikut Maseko sanggup meminum cecair berkenaan walaupun mengandungi bahan toksik yang membahayakan kesihatan.
"Memang benar saya gunakan minyak pelincir dan saya tidak menjalankan kajian yang membuktikan tentang bahaya meminum cecair tersebut.
"Apa yang penting adalah kepercayaan kepada kuasa Tuhan," katanya.
Ditanya sama ada dia memberikan sukatan tertentu, Maseko berkata, dia hanya menuang minyak itu ke dalam mulut pengikutnya.
"Saya tidak perlu menyukat.
"Mereka sendiri tampil ke depan dan sanggup meminum cecair berkenaan," katanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa Afrika Selatan memandang serius perkara tersebut.
Sumber: mStar
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger