Home » » Skandal jual beli tanah Hasan Arifin

Skandal jual beli tanah Hasan Arifin

Written By canang on Rabu, 18 Januari 2017 | 1/18/2017 10:54:00 PG

Adun Semambu Lee Chean
Chung (tengah) dalam sidang media di ibu pejabat PKR.


Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah Harga
Pasaran – Tanah Tersebut Disahkan Status Sebagai Rezab Melayu &
Dibatalkan Statusnya Sebelum Pindah Milik Kepada Hasan Arifin!

Kronologi Skandal Jual Beli Tanah Hasan Arifin Terlampau Murah Di Bawah
Harga Pasaran:

17 Febuari 1997 - Syarikat Pasdec Corporation Sdn. Bhd telah membuat
permohonan kepada Kerajaan Pahang bagi tanah di Medan Tok Sira bagi
Maksud Bangunan sebanyak empat belas (14) permohonan

2 April 1997 – Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Ke Lima(5) telah
meluluskan permohonan tersebut

31 Mei 1997 – Pejabat Tanah Kuantan telah memaklumkan syarikat Pasdec
Corporation Sdn Bhd melalui surat Bil. (8)dlm.PTK. 3/3/23287

03 Ogos 2000 – Pembatalan sebahagian Kawasan Simpanan Melayu Tok Sira
bagi hakmilik HS(D) 16495, Lot 51703 melalui Warta Kerajaan Pahang No.
558

24 Januari 2002 – Tanah PT 51703 telah dipindah milik daripada syarikat
PASDEC Corporation SDN Bhd kepada Hasan Bin Arifin. Harga jualan kepada
Hasan Arifin adalah RM76,499 sedangkan Anggaran Nilai tanah tersebut
jika merujuk kepada Notis Taksiran Pejabat Duti Setem adalah RM213,000.
Hasan Arifin telah membeli tanah tersebut 61% lebih murah daripada harga
 pasaran.

2 Disember 2004 – Hasan Arifin telah menjual tanah tersebut kepada
seorang individu bernama Ti Lian Yeah pada harga RM397,683.02.
Keuntungan yang diraih melalui urusan jual beli itu adalah sejumlah
RM321,184.02! Tanah tersebut telah dijual dengan harga lima (5) kali
ganda lebih tinggi daripada harga Hasan Arifin membeli tanah tersebut!

Saya ingin merujuk kepada skandal jual beli tanah yang melibatkan
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merangkap Ahli
Parlimen Rompin Dato Hasan Arifin yang telah saya dedahkan pada bulan
Jun tahun lepas. Hasan Arifin telah membeli satu lot tanah daripada
PASDEC Corporation Sdn Bhd dengan harga RM76,499 dan telah meraih untung
 sejumlah RM321 ribu dengan menjual tanah tersebut dua tahun kemudian.

Saya turut telah mendedahkan bahawa tanah tersebut telah diluluskan oleh
 Kerajaan Pahang kepada PASDEC pada tahun 1997 ketika Hasan Arifin masih
 memegang jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang dan terdapat konflik
kepentingan (conflict of interest) dalam jual beli tanah ini &
status “Tanah Rezab Melayu” tanah tersebut telah dibatalkan sebelum
dijual kepada Hasan Arifin.

Hari ini, saya ingin mengemukakan Jawapan Bertulis Sidang Dewan Undangan
 Negeri Pahang yang membuktikan bahawa status Rezab Melayu telah
dibatalkan sebelum dijual kepada Hasan Arifin dan apa yang lebih
megejutkan adalah, dalam Pembatalan Status Tanah Rezab Melayu ini, tiada
 sebarang tanah gantian yang diperuntukkan!
sumber
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger