Home » » Wanita separuh bogel rakam aksi live persendakan solat

Wanita separuh bogel rakam aksi live persendakan solat

Written By canang on Selasa, 3 Januari 2017 | 1/03/2017 07:00:00 PTG


VIDEO rakaman aksi seorang wanita yang hanya memakai seluar dalam dan bra, melakukan aksi secara 'live' seolah-olah sedang menunaikan solat tersebar di media sosial.

Sebaran rakaman video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial yang menyifatkan tindakan memperlekeh ibadah solat yang menjadi salah satu rukun Islam itu, sebagai perbuatan yang menghina Islam secara terang-terangan.

Antara syarat sah menunaikan solat adalah menutup aurat, bagi wanita wajib menutup kesemua bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Bagi lelaki pula, wajib menutup dari aras pusat sampai ke lutut.
Tindakan bersolat dalam keadaan separuh bogel seperti ini menunjukkan jika si pelaku adalah seorang yang waras, dia memang mempunyai niat untuk mempersendakan ibadah solat, sengaja mahu menimbulkan kemarahan umat Islam.
Harap pihak berkuasa yang berkenaan dapat segera menyiasat dan menangkap wanita kurang ajar ini kerana perbuatannya jelas sekali menghina Islam sekaligus melanggar undang-undang.
Share this article :

1 ulasan:

Yukio Haruaki berkata...

Syarat kewajipan menutup aurat dalam solat tidak disepakat ulama'. Pendapat dari mazhab Malik menyatakan bahawa tidak wajib menutup aurat sepertimana yang dinukilkan Ibn Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid, jilid 1, m/s 122, Dar al-Hadits, al-Qahirah. Hal ini berdasarkan dalil berikut :


"وَخَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ الْمُقَدَّمُ وَشَرُّهَا الْمُؤَخَّرُ وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ الْمُؤَخَّرُ وَشَرُّهَا الْمُقَدَّمُ، يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ إِذَا سَجَدَ الرِّجَالُ فَاحْفَظْنَ أَبْصَارَكُنَّ ".

"Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah yang terkehadapan dan seburuk-buruknya ialah yang terkebelakang. Sebaik-baik saf bagi wanita ialah yang terkebelakang dan seburuk-buruknya ialah yang terkehadapan. Wahai sekalian wanita. Jika lelaki bersujud, maka peliharalah pandangan kalian". (Sahih Ibn Khuzaimah, kitab as-Solah, no. 1480).

Sahl berkata :

كَانَ رِجَالٌ يُصَلُّونَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَاقِدِي أُزْرِهِمْ عَلَى أَعْنَاقِهِمْ كَهَيْئَةِ الصِّبْيَانِ وَقَالَ لِلنِّسَاءِ : "لَا تَرْفَعْنَ رُءُوسَكُنَّ حَتَّى يَسْتَوِيَ الرِّجَالُ جُلُوسًا".

Dahulu para lelaki solat bersama Rasulullah SAW dengan mengikat pakaian mereka di atas leher mereka sepertimana kanak-kanak. Rasulullah SAW berkata kepada wanita, "Janganlah engkau mengangkat kepala-kepala kami sehingga para lelaki benar-benar duduk". (Sahih al-Bukhari, kitab as-Solah, no. 352).

Ini adalah isyarat bahawa aurat lelaki terbuka sepertimana yang dinyatakan oleh Ibn Baththol dalam Syarh Sohih al-Bukhari, jilid 2, m/s 24, Maktabah ar-Rusyd, as-Su'udiyyah, tahqiq Abu Tamim Yasir bin Ibrahim; Ibn Rajab al-Hanbali dalam Fath al-Bari, jilid 2, m/s 370, Maktabah al-Ghuraba' al-Atsariyyah, al-Madinah a-Munawwarah; 'Umdah al-Qari Syarh Sohih al-Bukhari, Badruddin al-Hanafi, jilid 4, m/s 169, Dar Ihya' at-Turats al-'Arabi, Beirut; Irsyad as-Sari Li Syarh Sohih al-Bukhari, Syihabuddin al-Qostholani, jilid 1, m/s 392, al-Mathba'ah al-Kubra al-Umairah, Mesir; Ibn Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari, jilid 1, m/s 473, Dar al-Ma'rifah, Beirut dan juga An-Nawawi dalam al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, jilid 4, m/s 60, Dar Ihya' at-Turats al-'Arabi, Beirut.

Dengan ini, pendapat yang menyatakan bahawa aurat tidak wajib ditutup ketika solat ada penghujahan daripada fuqaha'.

Tidak patut kita katakan bahawa mana-mana solat yang tidak menutup aurat sebagai menghina Islam kerana para fuqha' sendiri tidak sepakat dalam isu ini. Apapun, kita tidak wajar menghukum wanita itu sebelum kita memahami hakikat sebenarnya.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger