Home » » Kerajaan Akan naikkan jumlah BR1M jika Harga Minyak naik RM3 seliter

Kerajaan Akan naikkan jumlah BR1M jika Harga Minyak naik RM3 seliter

Written By canang on Rabu, 15 Februari 2017 | 2/15/2017 09:47:00 PTG

KUALA LUMPUR, 14 Jamadilawal 1438H, Sabtu – Pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditambah sekiranya harga minyak petrol melebihi paras RM3 seliter, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani

Beliau berkata, kerajaan memahami tekanan kos sara hidup yang dihadapi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Kerajaan akan terus memantau harga minyak petrol di pasaran. Sekiranya harga terus meningkat dan pendapatan negara bertambah, kerajaan mungkin akan mempertimbangkan untuk bantu golongan yang berpendapatan rendah.

“Sekiranya harga minyak terus naik melebihi RM3 seliter, kami faham keadaan yang bakal dialami oleh golongan B40 ini. Kerajaan akan mengeluarkan satu mekanisme,” kata Johari seperti yang dipetik dalam Sin Chew Jit Poh.

Jelas Johari, BR1M sebanyak RM1,200 pada masa itu sudah tentu tidak mencukupi lagi, oleh itu kerajaan akan meningkatkan jumlah bantuan bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, sekiranya harga minyak merosot, kerajaan perlu mengambil semula BR1M.

“Apabila kerajaan membuat keputusan mengenai harga siling, sama ada penggiat industri minyak dan gas mahu menjual minyak pada harga rendah bagi tujuan promosi, itu terpulang kepada mereka. Ini antara pilihan yang kami sedang teliti.

“Namun sebelum melaksanakannya, kerajaan perlu mengkaji apa kesan dan akibatnya kelak,” katanya.


Share this article :

1 ulasan:

xairlinepilot berkata...

Najib. Kau memang ofak babi sial. Yg x terima brim rasuah kepala kote bapak kau mcmana sial?

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger