Home » » Pakatan Janji Harga Minyak RM1 Seliter Jika Berjaya Takluk Putrajaya

Pakatan Janji Harga Minyak RM1 Seliter Jika Berjaya Takluk Putrajaya

Written By canang on Selasa, 7 Februari 2017 | 2/07/2017 11:12:00 PTG


Maklumat yang baru diperolehi menunjukkan, Pakatan Harapan mampu menurunkan harga petrol sebanyak RM 1/liter dalam tempoh beberapa hari pertama merampas Putrajaya dari BN, seterusnya mengurangkan beban rakyat dengan banyak sekali.
Harga yang nampak ‘tidak realistik’ ini sebenarnya mampu diperolehi dalam beberapa cara selain dari faktor kejayaan perubahan dalam regim pemerintahan negara yang mampu melonjakkan harga minyak di pasaran dunia.
Antara lain, kedudukan Petronas di kalangan syarikat pengeluar minyak akan dipergunakan sepenuhnya Pakatan Harapan untuk mencapai tujuan tersebut.
Petronas dan deposit minyak negara yang begitu banyak sekarang ini, akan dimanfaatkan sepenuhnya dari segi keupayaan mempengaruhi pasaran minyak dunia – sesuatu yang tidak dilakukan kerajaan BN pada hari ini.
Seorang penganalisis ekonomi yang mempunyai kaitan rapat dengan Penang Institute mendakwa, harga RM 1/liter ini tidak mustahil sekiranya Petronas memasuki perniagaan pasaran hadapan minyak dan mempunyai pelanggan terbesar khusus seperti mana yang dilakukan Venezuela selama lebih 20 tahun.
Venezuela yang diiktiraf sebagai negara nombor satu dari segi harga minyak paling murah dijual kepada rakyatnya iaitu pada kadar 10 penny/liter, berjaya mencapai status itu dengan mengadakan perjanjian penjualan minyak pasaran hadapan bersama Amerika Syarikat selama berpuluh tahun.
Dengan cara ini, satu harga yang stabil dapat diperolehi, dengan tidak mengambil kira pasaran turun naik minyak dunia seperti sekarang. Malaysia katanya lagi, boleh memilih langkah yang sama dengan menjadikan China sebagai pasaran utama eksport minyak kita.
Sekalipun China adalah juga negara pengeluar minyak, tapi pertumbuhan ekonomi negara itu yang begitu pesat sekarang ini, dijangka memaksa negara itu memperolehi bekalan minyak yang stabil dari luar untuk memastikan kelangsungan bekalan.
Share this article :

2 ulasan:

aminsihat berkata...

Bila ambil alih kerajaan kita terpaksa ambil sekali dengan hutang dan kerosakan yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. Audit terhadap Petronas tidak pernah di dedah. Kita tidak tahu berapa asset yang dimiliki. Nanti bila kita ambil alih kerajaan, dah tidak ada apa yang tinggal, sedangkan kita dah janji dengan rakyat nak turunkan itu dan ini serta macam-macam lagi.

Din berkata...

Pakatan akan ambil balik semua duit yg telah dicuri oleh sibijan. Berbillion ringgit tu bro dn ini boleh menampung sekurang2nya meringankan bebanan negara sementara ekonomi digerakkan secara berhemah dn berhati2..pakar2 ekonomi negara akan membantu utk menstabilkan semula ringgit malaysia..sudah tentu ada caranya klu tidak masakan pakatan akan berjanji. Kita mesti menaruh keorcayaan yg tinggi kpd pakatan utk kita keluar dr bebanan yg semakin kusut..

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger