Home » » Projek RM200 bilion di Pulau Carey perlu kelulusan negeri – Azmin

Projek RM200 bilion di Pulau Carey perlu kelulusan negeri – Azmin

Written By canang on Isnin, 6 Februari 2017 | 2/06/2017 12:38:00 PG


Projek pelabuhan bandar industri bernilai RM200 bilion di Pulau Carey, Selangor tidak boleh diteruskan tanpa persetujuan kerajaan negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Sebarang cadangan mesti dirujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu, kerana kelulusan di peringkat PBT (Pihak Berkuasa Tempatan), pejabat daerah perlu diambil kira.
“(Proses) rundingan itu mesti dijalankan sebelum sebarang bentuk pembangunan diteruskan,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui pada majlis minum petang di Bentong hari ini.
Azmin berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang memetik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Tan Sri Kong Cho Ha yang menyatakan China telah menunjukkan minat dalam membangunkan Pulau Carey sebagai pelabuhan bandar industri.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sejak akhir tahun lepas juga berkata kerajaan pusat telah menjemput China untuk bersama-sama membangunkan pelabuhan itu yang dijangka meliputi 100 kilometer persegi bagi menawarkan perkhidmatan kepada kapal China.
Pada masa ini, sebahagian besar Pulau Carey didiami suku kaum Mah Meri, salah satu daripada 18 kumpulan pribumi di Semenanjung Malaysia.
Malaysiakini semalam melaporkan kebimbangan pemimpin Mah Meri tempatan yang berkata mereka tidak tahu menahu mengenai projek yang dicadangkan itu.
Bagaimanapun, Azmin berkata, kerajaan Selangor mengambil maklum berhubung cadangan tersebut menerusi laporan awal diterimanya daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).
“UPEN memaklumkan kepada perbendaharaan di peringkat Persekutuan dan menerusi laporan awal saya terima, tanah ini adalah milik tanah Sime Darby.
“Malah, cadangan projek ini bukan milik kerajaan negeri dan ini adalah cadangan di peringkat kerajaan persekutuan,” katanya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger