Home » » Aiman Tino dapat hadiah kereta RM1 juta

Aiman Tino dapat hadiah kereta RM1 juta

Written By canang on Khamis, 9 Mac 2017 | 3/09/2017 02:44:00 PTG

Sebuah syarikat produk kecantikan mengumumkan akan menghadiahkan penyanyi sedang meningkat naik Aiman Tino sebuah kereta mewah bernilai hampir RM1 juta ringgit.
Aiman adalah rakan strategik perniagaan syarikat itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wonder Glow Cosmetic Sdn Bhd Datuk Ryzal Jamaludin, kereta Audi R8 itu bakal menjadi milik Aiman pada pertengahan bulan ini.
"Majlis penyerahan kereta akan diadakan pada 23 Mac ini di Mydin Senawang, Negeri Sembilan bersama peminat," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran produk Aiman Sweet di Kuala Lumpur hari ini.
Kenderaan itu diberi kepada Aiman untuk menyenangkan penyanyi itu mempromosikan produk dan menjalankan kerjayanya berkaitan seni.
Bagaimanapun, menurut Ryzal, 40, kereta berkenaan masih berada di bengkel selepas ia didapati tidak menepati warna tema produk yang dikeluarkan syarikatnya.
"Kereta itu sebenarnya sudah dipandu uji oleh Aiman baru-baru ini, bagaimanapun saya tidak berpuas hati dengan warna asalnya.
"Kereta itu kemudian dihantar semula ke bengkel untuk dicat dengan warna merah jambu," katanya.

Belum ada lesen

Oleh kerana Aiman atau nama penuhnya Mohd Aiman Yusri, 17, belum memiliki lesen memandu, seorang pemandu akan turut disediakan bagi memudahkan rutin harian penyanyi Ku Rela Dibenci itu.
Sementara itu, Aiman berkata, pemberian itu diharap memudahkannya mempelajari selok belok bidang perniagaan.
"Saya memang minat berniaga dan sudah terbiasa membantu keluarga di restoran di Kuala Kubu Bharu, Selangor sebelum ini.
"Justeru, dengan menjalin kerjasama ini diharap saya dapat belajar menjadi usahawan muda berjaya," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger