Home » » Azira Aziz: Ahli Parlimen Sarawak tidak mahu dijangkiti ‘penyakit’ Semenanjung

Azira Aziz: Ahli Parlimen Sarawak tidak mahu dijangkiti ‘penyakit’ Semenanjung

Written By canang on Selasa, 7 Mac 2017 | 3/07/2017 08:26:00 PG


PETALING JAYA: Ahli-ahli Parlimen Sarawak didakwa bakal menolak usul Pindaan RUU 355 kelak. Itulah dakwaan yang dibuat oleh Azira Aziz salah seorang aktivis BEBAS yang telah mengadakan demo bantahan Pindaan RUU 355 pada 18 Februari 2017.

 Tanpa memberikan sebarang bukti, aktivis tersebut mendakwa melalui emel balas yang diterima berhubung dengan surat terbuka mereka kepada Ahli-Ahli Parlimen, kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pembangkang di Negeri Sarawak menolak Pindaan RUU 355. “Kedua-dua ahli Parlimen dari pihak Barisan Nasional dan Pembangkang di Negeri Sarawak menolak Pindaan RUU 355, sepertimana disahkan melalui emel kepada kami.
 Mereka tidak mahu penyakit Semenanjung Malaysia masuk ke negeri mereka, dan melihatkan realiti semasa, patutkah kita menyalahkan mereka?” Aktivis BEBAS itu juga mendakwa bahawa himpunan balas menolak Pindaan RUU 355 jauh lebih berjaya daripada Himpunan RUU 355 yang mengikut anggaran sesetengah pihak dihadiri oleh lebih 100,000 orang.

 “Menurut Dato’ Seri Abdul Hadi, seramai 200,000 yang akan hadir ke Himpunan RUU 355, namun begitu Azira merujuk kepada laporan PDRM yang mengatakan hanya seramai 20,000 orang termasuk kanak-kanak daripada usrah, pelajar sekolah tahfiz dan sebagainya, dan turut diberikan cuti umum”. Azira berkata,
 “Setahu saya negeri Kelantan mempunyai 1.718 juta orang tetapi yang hadir hanya 20,000 dan kesemuanya mempunyai T-shirt percuma, dibawa dengan bas secara percuma, dan diberikan makanan percuma”. Beliau juga menambah, “Kami di BEBAS tiada apa-apa selain kad manila, mesin pembesar suara kecil dan jujur saya katakan kami sebenarnya bermula dengan 2-3 orang sahaja yang menjalankan perhimpunan ini. Kami di BEBAS tidak menyasarkan jumlah hadirin. Kami menyasarkan impak kepada masyarakat”.

Menurut Azira Aziz perhimpunan anjuran BEBAS, walaupun tidak mendapat penyertaan yang banyak namun, masih mendapat liputan di persada antarabangsa oleh saluran seperti Al-Jazeera, Channel News Asia dan lain-lain lagi. Walaupun himpunan bantah pindaan Akta 355 dilihat gagal, Azira Aziz yang merupakan ahli BEBAS merasakan mereka berjaya membuka ruang perbincangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang awam, pelbagai organisasi, agensi, ahli akademik, dan ahli ulama seperti Dr. Mohd Asri (MAZA) untuk mengutarakan pendapat mereka secara aman dan saksama.

Susulan daripada himpunan bantah pindaan RUU 355, gerakan BEBAS menjalankan Kempen #YBUndiApa sebagai usaha untuk mendapatkan pengesahan daripada semua Ahli Parlimen sama ada mereka mengundi ‘Ya’ ataupun ‘Tidak’ untuk Rang Undang-Undang Pindaan Akta 355 dan menyiarkan setiap jawapan tersebut di laman facebook mereka. “Oleh kerana kami golongan yang membantah Pindaan RUU355, maka sudah tentu kami melobi ahli-ahli Parlimen untuk mengundi ‘Tidak’,” akur Azira
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger