Home » » Remaja, wanita Malaysia 'suka' kongsi gambar lucah

Remaja, wanita Malaysia 'suka' kongsi gambar lucah

Written By canang on Ahad, 12 Mac 2017 | 3/12/2017 10:34:00 PG


DUNGUN: Seorang daripada 20 remaja perempuan dan wanita di Malaysia pernah menjadi mangsa jenayah siber apabila secara sukarela berkongsi gambar atau video lucah mereka kepada lelaki, sama ada dikenali ataupun tidak.
 Tindakan yang dianggap tidak matang itu memakan diri apabila lelaki terbabit kemudian menggunakan bahan berkenaan untuk mengugut mangsa bagi mendapatkan lebih banyak 'habuan' di masa depan. Pengarah Onemyr Awareness Management,

 Mohd Ridzman Azzahari, berkata berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati tidak kurang daripada 9,000 video dan gambar lucah remaja atau wanita Malaysia kini sudah dipertontonkan kepada khalayak awam di internet dan media sosial. Katanya, berdasarkan pengalaman menjalankan kempen #kesiandia Program Jenayah Siber terhadap pelajar sekolah dan penuntut universiti, pihaknya juga mendapati mangsa paling muda berusia 10 tahun.
 "Kealpaan mangsa terhadap dunia siber, mendedahkan mereka kepada penjenayah maya, yang menunggu peluang untuk mengaut hasil diperoleh daripada menggodam telefon bimbit atau komputer golongan sasaran.
"Penjenayah maya juga tidak menyasarkan had umur tertentu untuk dijadikan mangsa ini kerana Onemyr ada pelajar berusia 10 tahun hingga golongan warga emas berusia 68 tahun yang menjadi mangsa," katanya ketika ditemui BH selepas Kempen #kesiandia Program Jenayah Siber di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), di sini, hari ini.

 Program yang dihadiri kira-kira 700 penuntut jurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi PSMZA itu bertujuan memberi pendedahan mengenai ancaman jenayah siber dan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa siber. Program dirasmikan Pengarah PSMZA, Mohd Pauzi Ibrahim

Ridzman berkata, modus operandi penjenayah maya yang dikenal pasti adalah dengan menggodam telefon pintar atau media sosial mangsa untuk mendapatkan 'bahan' yang diperlukan mereka sebelum menjualnya ke laman sesawang lucah.
 Katanya, selain itu, ada juga kes yang membabitkan mangsa itu sendiri dengan rela hati memberikan gambar tidak sopan mereka kepada lelaki dikenali mahu pun tidak, tanpa alasan munasabah.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger