Home » » Utusan mohon maaf kepada Guan Eng di mahkamah

Utusan mohon maaf kepada Guan Eng di mahkamah

Written By canang on Khamis, 16 Mac 2017 | 3/16/2017 07:26:00 PTG

 Utusan Melayu (M) Bhd hari ini memohon maaf kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam saman fitnah yang difailkannya susulan penerbitan sebuah artikel di Utusan Malaysia pada 20 Ogos tahun lalu.
Utusan memohon maaf dalam penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang hari ini berhubung penyiaran artikel bertajuk "Guan Eng tarik balik saman Shaik Hussein".

Akhbar Umno itu juga akan memberikan pampasan kepada Lim, yang jumlahnya tidak didedahkan, susulan penyiaran artikel yang didakwa “diputar belit” itu.

Pegawai undang-undang Utusan Siti Norzulaikah Ibrahim membacakan permohonan maaf itu di mahkamah.
Permohonan maaf itu menyebut Lim telah menarik balik saman terhadap Shaik Hussein Mydin tiga tahun lalu selepas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu sedia menarik balik dakwaan rasuah terhadapnya tanpa syarat.
Utusan meminta maaf atas kesilapan fakta dalam laporan itu.

Shaik Hussein mendakwa Lim terlibat amalan rasuah dalam satu rundingan tanah yang dinafikan keras setiausaha agung DAP itu.

Peguam Lim, Simon Murali, berkata permohonan maaf itu akan disiarkan di halaman kedua Utusan Malaysia dalam tempoh tujuh hari.
Lim sebelum ini tidak berpuas hati dengan laporan Utusan yang menyebut beliau menarik balik saman terhadap Shaik Hussein tanpa syarat
“Sebenarnya saya lakukan tindakan itu selepas dia tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya,” kata Lim kepada pemberita di luar mahkamah.
“Apabila Shaik Hussein tarik balik dakwaan rasuah terhadap saya, ia tidak dilaporkan Utusan Malaysia, saya gembira dapat bersihkan nama saya daripada dakwaan rasuah oleh pemimpin Umno.”
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger