Home » » Hadiah untuk bunuh 'polis'

Hadiah untuk bunuh 'polis'

Written By canang on Rabu, 16 Ogos 2017 | 8/16/2017 03:03:00 PTG

Manila: Presiden Rodrigo Duterte semalam mengumumkan hadiah ‘hidup atau mati’ berjumlah 2 jua peso (RM170,000) bagi setiap nyawa anggota polis yang dituduhnya membantu ahli politik yang terbabit dengan kegiatan dadah dan berkata, dia lebih suka mereka dibunuh.
Gesaan kepada polis supaya membunuh rakan mereka adalah kenyataan terbaru Duterte dalam kempen kontroversi memerangi dadahnya yang setakat ini sudah meragut ribuan nyawa.
Dia mengumumkan tawaran itu tidak lama selepas berunding dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson.
Berucap di ibu pejabat polis, Duterte menawarkan hadiah berkenaan untuk nyawa beberapa anggota polis yang didakwa membantu seorang datuk bandar yang terbunuh dalam operasi antidadah pada 30 Julai lalu.



“Ada hadiah bagi setiap nyawa anggota polis itu. Saya menawarkan dua juta peso bagi setiap nyawa mereka dan anda boleh bercuti untuk memburu mereka.
“Saya tidak mahu bercakap lebih panjang supaya anda berpeluang memburu ‘penyangak’ berkenaan,” katanya kepada anggota polis yang hadir di majlis itu.
Menurutnya, hadiah itu akan dibayar jika anggota polis terbabit ditemui, ‘mati atau ditangkap hidup.
Bagaimanapun, katanya dia lebih suka jika mereka mati.
Dia mendakwa anggota polis berkenaan bekerjasama dengan Reynaldo Parojinog, Datuk Bandar Ozamiz yang mati dalam serbuan antidadah bersama isteri, adiknya dan 13 yang lain.
Polis berkata, mereka terpaksa membunuh mereka kerana mempertahankan diri.
Bagaimanapun, peguam Parojinog bertegas menyatakan, datuk bandar itu dan yang lain tidak melawan ketika ditangkap.
Seperti yang dilakukannya sebelum ini, Duterte semalam turut berikrar memberi perlindungan guaman kepada anggota polis yang yang membunuh Parojinog dan 15 yang lain.
“Jika mereka didapati bersalah kerana membunuh, mereka akan diberi pengampunan,” katanya.
Sejak dia menjadi presiden pertengahan tahun lalu, polis mengesahkan membunuh lebih 3,400 orang dalam operasi antidadah.
Lebih 2,000 ditembak mati dalam jenayah yang ada kaitan dengan dadah dan ribuan dibunuh tanpa sebab yang jelas, menurut data polis.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger