Home » » PKR lancar aplikasi kesan pengundi hantu

PKR lancar aplikasi kesan pengundi hantu

Written By canang on Isnin, 14 Ogos 2017 | 8/14/2017 02:18:00 PTG


PKR melancarkan aplikasi Android yang dinamakan Spera, yang dikatakan dapat membantu pengundi mengesan sama ada terdapat pengundi hantu di daerah mengundi mereka.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan menggunakan aplikasi itu, pengundi boleh menyemak sendiri status pengundian dan mengenal pasti jika wujud pengundi hantu di mana-mana pusat membuang undi.
"Sistem itu akan menghantar maklumat mengenai pengundi hantu, pengundi berulang dan pengundi yang telah meninggal dunia dengan memeriksa data di Spera," kata Nurul Izzah kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Spera, yang dilancarkan semalam, boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play.
Dalam satu kenyataan semalam, naib presiden PKR itu berkata aplikasi itu dibangunkan dengan matlamat melawan penipuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam proses pilihan raya.
Beliau juga meramalkan pilihan raya akan datang akan menjadi pilihan raya "paling kotor".
“Saya berharap “Spera’ akan membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk bergiat lebih aktif dan kedepan dalam proses demokrasi.’
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger