Home » » HARAPAN sasar 100,000 demo antikleptokrat

HARAPAN sasar 100,000 demo antikleptokrat

Written By canang on Isnin, 11 September 2017 | 9/11/2017 06:40:00 PTG

Pakatan Harapan (HARAPAN) menyasarkan 100,000 kehadiran pada Himpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi yang berlangsung 14 Oktober depan.

Pengerusi Mobilisasi HARAPAN, Mohamad Sabu, berkata himpunan itu terbuka kepada semua rakyat dengan memilih baju merah sebagai warna tema.
“Setakat ini terbuka kepada sekalian rakyat tak kira atas apa parti kita rakyat yakin hadir,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) di Petaling Jaya hari ini.
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, himpunan berkenaan bertujuan memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk menuntut hak dan wang mereka daripada skandal 1MDB.

Himpunan itu akan berlangsung di Padang Timur Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ), bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam
MALAYSIAKINI
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger