Home » » KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH JAMAL YUNOS TERHADAP DYMM SULTAN SELANGOR

KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH JAMAL YUNOS TERHADAP DYMM SULTAN SELANGOR

Written By canang on Sabtu, 7 Oktober 2017 | 10/07/2017 06:26:00 PTG


KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH JAMAL YUNOS TERHADAP

DYMM SULTAN SELANGOR, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DYMM TENGKU PERMAISURI SELANGOR, Tengku Permaisuri Norashikin. 

DYTM RAJA MUDA SELANGOR, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Saya sebagai rakyat setia di bawah Pentadbiran Kesultanan dan Kerajaan Selangor rasa sangat sedih dengan kelakuan biadab Jamal Yunos.
Menunjuk perasaan dengan memecahkan botol arak tidak menjadi kesalahan malah kami sokong kerana Selangor menjadi tumpuan utama untuk pembelian arak buatan palsu yang sedang memudaratkan kesihatan kebanyakan rakyat Selangor yang minum arak.

Tetapi mengikut video viral Jamal Yunos, kita dapat melihat cecair arak melayang jatuh di atas lambang Jata Kesultanan Selangor.

SUK merupakan pejabat Pentadbiran Kerajaan DYMM Sultan Selangor. Penunjuk perasaan perlu lebih peka dalam pemilihan tempat untuk menunjuk perasaan.

Rakyat Selangor yang minum arak sudah pasti tidak akan sesekalipun mencurahkan atau baling botol arak kearah Lambang Kesultanan Selangor.

Jamal Yunos yang semata-mata menggunakan nama tunjuk perasaan telah menghina lambang keberanian dan kebajikan rakyat Selangor dangan membenarkan tumpahnya arak haram keatas Lambang Rakyat Selangor.

Sebagai seorang Islam Jamal Yunos perlu mengambil langkah-langkah yang tidak terdedah kepada pancutan arak keatasnya.

Melalui perbuatan memecahkan botol arak, tangan dan pakaian Jamal Yunos basah dengan cecair haram itu.

Kesimpulanya, Pintu Pagar SUK perlu di jaga dan dihormati seperti Istana DYMM Sultan Selangor. Tidak sesiapa pun dibenarkan melakukan perbuatan yang menjijikan seperti yang dilakukan oleh Jamal Yunos.

Salah tetap salah. Jamal Yunos perlu meminta maaf dari keluarga Kerabat Di Raja Selangor dan rakyat jagaan Sultan Selangor.

Sekian.

Rakyat Setia DYMM SULTAN SELANGOR, Sultan Sharafuddin Idris Shah .

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=324512268013599&set=a.214868188978008.1073741829.100013644850236&type=3&theater
Share this article :

2 ulasan:

sabina berkata...

Layakkah makhlok sebegini diberi gelaran untuk dihormati akhlak saja sudah mempamerkan tisa tauladan yang boleh dicontohi oleh generasi muda kecuala mereka yang juga tidak berpegang dengan ilmu agama pembesar negeri manakah yang telah menanugerahkan gelaran yang mencipta sejarah merendahkan martabat bintang gelaran jika dari negeri Selangor kami rakyat selangor mohon kebawah Duli Tuanku supaya menarik balik gelaran agar tidak mencemarkan lagi nama baik gelaran yang dianugerahkan.Ampun Tuanku.

Unknown berkata...

Tarik balik darjah dato sri dpd jamal arak ini.

memalukan umat islam.

arak kesannya kpd peminum saja

klepet kesannya kepada seluruh Negara, seluruh org melayu miskin dan kaya.

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger