Home » » Periksa warga asing tanpa kebenaran, anggota polis berdepan tindakan

Periksa warga asing tanpa kebenaran, anggota polis berdepan tindakan

Written By canang on Selasa, 17 Oktober 2017 | 10/17/2017 06:00:00 PTG

Lima anggota Polis Diraja Malaysia yang didapati menjalankan pemeriksaan ke atas warga asing tanpa kebenaran di sekitar daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, akan dikenakan tindakan tatatertib.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata amaran sudah diberikan berkali-kali kepada anggota polis bahawa sebarang pemeriksaan ke atas warga asing harus dilakukan bersama Jabatan Imigresen Malaysia.
"Kita akan ambil tindakan kepada mereka kerana ada pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan anggota yang terlibat dengan kesalahan memeriksa warga asing tanpa kebenaran.
"Kita tidak akan bertolak ansur dan akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota apa pangkat sekali pun jika terlibat dengan kesalahan itu," katanya.
Lima anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi terbabit dilapor disiasat kerana menjalankan pemeriksaan ke atas warga asing tanpa kebenaran sejak beberapa hari lalu di sekitar daerah Dang Wangi.

-Bernama

Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger