Home » » Kerajaan tak minat miliki Proton lagi, akui Johari Ghani Menteri Kewangan II

Kerajaan tak minat miliki Proton lagi, akui Johari Ghani Menteri Kewangan II

Written By canang on Isnin, 27 November 2017 | 11/27/2017 08:54:00 PTG


Kerajaan tidak lagi berminat dengan pemilikan dalam Proton, akui Datuk Johari Abdul Ghani. – Foto FMT
Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa perjanjian DRB-Hicom dengan syarikat pembuat kereta China, Geely Automobile Group Holdings pada dasarnya adalah tindakan pelucutan aset.
Tony Pua berhujah bahawa jika Geely dan DRB-Hicom memilih untuk tidak terus melabur dan memajukan Proton, hasilnya, mereka akan gagal membayar semula pinjaman mudah RM1.5 bilion yang diberikan oleh kerajaan.
Maka, katanya, Proton akan sekali lagi menjadi milikan kerajaan.
Johari dilaporkan Malaysiakini berkata, “Kami akan memastikan supaya pinjaman RM1.5 bilion itu dibayar sepenuhnya.
“Perjanjian itu juga memerlukan saham RCCPS (redeemable convertible cumulative preference shares) sebanyak RM300 juta ditebus dengan serta-merta selepas perjanjian muktamad. Baki RM1.2 bilion akan diperoleh sepenuhnya daripada pelbagai aset.
“Kerajaan tidak lagi berminat untuk memiliki Proton,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger