Home » » Perjanjian dengan China harus dibatalkan jika PH menang PRU14 - Bekas Tentera

Perjanjian dengan China harus dibatalkan jika PH menang PRU14 - Bekas Tentera

Written By canang on Isnin, 19 Februari 2018 | 2/19/2018 08:23:00 PTG


Shah Alam: Seorang wakil bekas tentera mahu Pakatan Harapan (PH) membatalkan perjanjian dimeterai kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan China, jika gabungan PH menang pada pilihan raya umum ke-14.
Zainal Abidin Naus yang mewakili bekas tentera dalam PH berkata, negara akan musnah dan tergadaikan jika perjanjian projek mega di tapak bekas pengkalan TUDM, Sungai Besi itu diteruskan.
“Dulu, polis dan tentera dikerah masuk dalam hutan menentang komunis, tetapi sekarang pemimpin negara Najib Razak boleh membiarkan mereka (China) melaksanakan projek mega di dalam negara kita.
“Perjanjian dengan China perlu dibatal.
“Bekas tentera dan Bekas polis akan sokong PH. Kita tidak mahu sokong pemimpin UmnoBN dengan membuta tuli lagi,” katanya.
Pada 5 November tahun lalu, Datuk Seri Najib Razak menempelak parti Pakatan Harapan yang mendakwanya menjual kedaulatan negara kepada China melalui projek mega.
Beliau pernah berkata, projek infrastruktur berkenaan akan kekal milik negara dan dikendalikan rakyat Malaysia.
Sepanjang lawatan Najib ke China pada November 2016, 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian bernilai RM143.64 bilion dimeterai dengan China.
Sementara itu, Zainal mendakwa kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan ramai pesara tentera terpaksa kerja semula kerana wang pencen mereka tidak dapat menampung perbelanjaan seharian.
“Berilah perhatian sewajarnya. Janganlah bekas tentera dan keselamatan negara ini dibiarkan sahaja.SUMBER
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger