Home » » Polisi insurans RM80j tak dituntut

Polisi insurans RM80j tak dituntut

Written By canang on Selasa, 20 Februari 2018 | 2/20/2018 10:00:00 PTG

Sebanyak RM80 juta daripada lebih 110,000 polisi insurans dan sijil takaful yang telah matang tidak dituntut oleh pemilik atau waris sepanjang tahun 2016 kerana tidak dimaklumkan kepada ahli keluarga.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Holdings Berhad, Kamaludin Ahmad berkata, kajian yang dilakukan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menunjukkan bahawa ramai individu tidak memberitahu kewujudan polisi insurans atau sijil takaful atas nama si mati kepada waris mereka.

Jelas beliau, di Etiqa sahaja terdapat kira-kira RM13 juta nilai polisi atau sijil yang tidak dituntut.
“Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menghubungi semua waris yang terlibat, namun sebahagian mereka tidak mengemas kini maklumat peribadi se­perti nombor telefon dan alamat sehingga menimbulkan sedikit kesulitan.
“Etiqa secara proaktif cuba mengesan waris-waris melalui penubuhan pasukan khas yang ditugaskan untuk mengenal pasti pemilik polisi atau sijil yang telah meninggal dunia dengan menjalankan carian secara sistematik,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.
Tambah Kamaludin, jumlah polisi dan sijil yang tidak dituntut memberi pengajaran dan kesedaran kepada generasi akan datang supaya tidak terbeban untuk mengenal pasti manfaat insurans atau takaful yang tidak dituntut.
Katanya, Etiqa mahu menangkis persepsi negatif umum bahawa syarikat insurans dan takaful hanya berminat untuk mengutip premium serta sumbangan tetapi keberatan membayar tuntutan.
“Itu semua tidak benar dan kami teruja untuk membayar tuntutan kepada para pelanggan. Dalam kebanyakan kes, tuntutan sememangnya dibayar kerana dapat meringankan beban kehidupan pemegang polisi dan waris mereka.
“Jika pelanggan dilindungi oleh polisi insurans atau sijil takaful, maklumkan kepada ahli keluarga dan berikan seba­nyak mungkin maklumat kepada syarikat insurans atau takaful mengenai waris-waris agar lebih mudah untuk kami menjejaki mereka,” ujarnya.
Para pelanggan Etiqa yang in­g­in mengetahui sama ada polisi dan sijil mereka telah matang boleh daftar masuk ke laman web www.etiqa.com.my/MyAccount/login atau hubungi Etiqa Oneline di talian 1300-13-8888.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger