Home » » TEKTIK KOTOR UMNO UNTUK MENANG PILIHANRAYA.

TEKTIK KOTOR UMNO UNTUK MENANG PILIHANRAYA.

Written By canang on Ahad, 11 Februari 2018 | 2/11/2018 07:17:00 PTG

TEKTIK KOTOR UMNO UNTUK MENANG PILIHANRAYA.
Satu rakaman suara yang di percayai di rakam di dalam satu perjumpaan tertutup UMNO Permatang Pauh, Pulau Pinang telah ditularkan di media sosial di mana dalam rakaman tersebut telah mendedahkan strategi UMNO mengubah nama-nama pengundi polis ke Permatang Pauh di dalam usaha parti itu mahu menawan kubu kuat Dato Seri Anwar Ibrahim.
Dalam rakaman tersebut di percayai di ucapkan oleh Ketua UMNO Permatang Pauh telah berkata "Kita boleh menang besar. Semua gerak kerja sulit yang di buat di peringkat tertinggi yang ramai ketua bahagian pun tak tahu. Ramai ketua bahagian tak tahu. Saya pun tak tahu tuan-tuan. Saya bagi tahu tuan-tuan yang kita mendapat pengundi-pengundi bonus. Tuan-tuan jangan cerita kat sesiapa pun. Kita mendapat pengundi-pengundi bonus 800 lebih pengundi polis, daripada sebelah Tanjung yang sebelah Dato Keramat itu yang di sebelah Penang Road itu yang di pindahkan secara sulit di Permatang Pauh. Mereka bertugas di IPD mereka bertugas di IPK mereka-mereka akan mengundi di Permatang Pauh. Kita strategi benda-benda yang di atur ini benda-benda teknikal ini kadang-kadang kita tak boleh cerita kepada semua orang tetapi tuan-tuan ketua-ketua cawangan ketua-ketua wanita saya bagi tau kerana saya mahu menanam keyakinan."
Siapa kata UMNO BN tak akan menipu di PRU14 nanti?? Kalau tak menipu bukan UMNO BN namanya..

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1698040920252803&set=a.325308227526086.77385.100001407331595&type=3&theater
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger