Home » » Nik Omar: HARAPAN berpeluang menang di Kelantan

Nik Omar: HARAPAN berpeluang menang di Kelantan

Written By canang on Rabu, 18 April 2018 | 4/18/2018 09:18:00 PTG

PRU14 | Anak bekas Mursyidul Am PAS Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) berpeluang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
Justeru katanya, kerajaan PAS Kelantan perlu menyedari kelemahan pentadbiran mereka bagi mengelakkan perkara itu berlaku.
Nik Omar bagaimanapun tidak mengulas lanjut kelemahan PAS Kelantan yang dimaksudkan.
"Kita mesti menerima realiti yang sebuah parti politik di negara ini tiada yang sempurna, termasuklah PAS yang diberi mandat untuk mentadbir Kelantan sekarang ini.
"Tidak dinafikan dari segi dasar, kepemimpinan sekarang ini sudah meneruskan legasi `Tok Guru', tetapi ada beberapa kelemahan yang hendak diperbetulkan oleh Parti Amanah Negara (AMANAH) dan rakan sekutunya," katanya seperti dilapor BH Online.
Terima pandangan Husam
Dalam kenyataan yang dilihat cenderung memihak kepada HARAPAN itu, Nik Omar juga berkata kewujudan pakatan pembangkang bukan cuba menjatuhkan kerajaan Islam tetapi lebih kepada `ingin terbabit sama dalam pengurusan'.
"Pakatan pembangkang yakin mereka dapat memperbaiki segala kelemahan dan PAS sepatutnya mengambil serius isu ini jika mereka ingin diberi sekali lagi peluang untuk mentadbir negeri ini," katanya.
Nik Omar sebelum ini diuar-uarkan akan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH). Naib Presiden AMANAH Husam Musa turut menawarkan kerusi untuk beliau bertanding sebagai calon AMANAH.
Antara kerusi yang disebut-sebutkan adalah kerusi DUN Chempaka yang pernah disandang ayahnya, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kerusi itu juga dikatakan akan ditandingi adiknya Nik Abduh yang merupakan AJK Pusat PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
Nik Omar bagaimanapun menafikan perkara itu dan menjelaskan ibunya tidak setuju beliau menyertai politik.selanjutnya disini
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger