Home » » RM100,000 ganjaran bawa pulang Jho Low

RM100,000 ganjaran bawa pulang Jho Low

Written By canang on Isnin, 11 Jun 2018 | 6/11/2018 11:50:00 PTG


KEPONG: Seorang ahli perniagaan yang enggan dikenali menawarkan RM 100,000 kepada rakyat Malaysia yang berjaya membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low.
Jho Low, ahli perniagaan yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB ) diperlukan bagi dihadapkan ke muka pengadilan di Malaysia.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, yang dikunjungi ahli perniagaan terbabit.
"Baru-baru ini ada seorang ahli perniagaan telefon dan datang berjumpa saya di pejabat untuk menawarkan ganjaran itu.
"Saya berharap dengan tawaran ini Jho Low boleh dikesan secepat mungkin dan dibawa pulang ke Malaysia," katanya ketika ditemui media pada majlis Beautiful Gate Disable House
Members menyerahkan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) di sini, hari ini.
Sumbangan berjumlah RM2,000 itu adalah hasil kutipan daripada 11 ahli Beautiful Gate Disable House Members.
Pengarah Eksekutifnya, Pastor Sia Siew Chin berkata, walaupun tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU), mereka tetap mahu menyumbang sesuatu untuk negara.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya dan rakan rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini.
"Walaupun ia hanya sumbangan kecil, sekurang-kurangnya ia hasil usaha kami sendiri dan berharap ia dapat membantu," katanya
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger