Home » » Call girl:Panggilan noda, dari kotaraya

Call girl:Panggilan noda, dari kotaraya

Written By canang on Ahad, 27 September 2009 | 9/27/2009 06:06:00 PTG


KUALA LUMPUR: Bimbang dicekup di spa eksklusif atau pusat pelacuran, lelaki kemaruk seks kini cenderung menjadikan rumah yang didiami mereka sebagai pusat operasi untuk melampiaskan nafsu.
Modus operandi golongan terbabit mudah kerana mereka hanya perlu membuat satu panggilan telefon bagi membolehkan mereka menyewa lambakan ‘call girl’ yang diiklankan, sama ada menerusi laman web atau e-mel.
Aktiviti maksiat itu didedahkan seorang lelaki yang mendakwa beberapa kali berbuat demikian, malah mengakui ramai lagi lelaki, termasuk rakan, mengikut jejak langkahnya.
Mahu dikenali sebagai Eddie, 33, dia mendakwa tidak sukar mendapatkan ‘call girl’ kerana iklannya berlambak di Internet, malah ia turut disebarkan menerusi e-mel.“Untuk mendapatkan khidmat ‘call girl’ tak perlu ke spa eksklusif atau pusat pelacuran. Saya hanya perlu membuat satu panggilan telefon untuk menetapkan temu janji.“Hanya perlu beritahu mahu perempuan yang bagaimana dan beritahu jam berapa perlu dihantar serta alamat rumah, apa yang dihajati pasti tercapai,” katanya.

Bagi Eddie, dia lebih selesa mendapatkan khidmat ‘call girl’ kerana bimbang dicekup dalam serbuan tertentu jika berkunjung ke spa eksklusif atau pusat pelacuran.
“Saya tidak mahu dicekup, nanti masuk surat khabar atau televisyen. Jika ambil khidmat ‘call girl’, saya yakin selamat kerana tiada siapa tahu. Jika ambil siang hari lagi selamat sebab semua jiran bekerja,” katanya yang menetap di apartmen.
Dia berkata, ‘call girl’ juga datang ke rumahnya dalam keadaan yang tidak menimbulkan syak wasangka orang sekeliling kerana mereka pandai menyamar.
“Tiada siapa akan perasan mereka sebenarnya ‘call girl’. Saya boleh arah mereka berpakaian seperti jurujual, pekerja pejabat, malah nak suruh pakai baju kurung pun boleh.
Pendek kata, mereka akan tunaikan apa saja permintaan kita. Cuma bayarannya kena lebih sikit,” katanya.

Menurut Eddie, tempahan ‘call girl’ adalah mengikut jam dan terpulang kepada pelanggan untuk menentukannya.
Biasanya sindiket yang menawarkan ‘call girl’ itu menyediakan pilihan sama ada Melayu, Cina atau India, malah ada juga dari luar negara seperti China, Vietnam dan Indonesia.
“Jika sewa ‘call girl’, bayarannya lebih sedikit daripada di spa eksklusif atau pusat pelacuran. Kadar dikenakan antara RM250 hingga RM400 untuk tempoh sejam bergantung kepada kriteria ‘call girl’ yang dipilih.
“Jika mahu sewa semalaman, kenalah bersedia mengeluarkan wang ribuan ringgit,” katanya.
Rakan Eddie, Azri, 35 pula berkata, tahap kerahsiaan antara ‘call girl’ dengan pelanggan adalah tinggi kerana hanya mereka yang berurusan antara satu sama lain.
“Berbanding kunjungan ke pusat spa eksklusif, jika nasib tak baik terjumpa orang dikenali. Kita seboleh mungkin tidak mahu perbuatan kita diketahui orang lain.

“Jika menggunakan khidmat ‘call girl’, orang yang kita hubungi tidak mengenali kita dan biasanya ‘call girl’ datang bersendirian ke tempat kita. Justeru, hanya saya dan ‘call girl’ itu yang tahu,” katanya.
Azri berkata, risiko mengambil khidmat ‘call girl’ tetap ada.
“Risiko yang saya maksudkan bukan kena cekup atau daripada segi keselamatan, tetapi rupa atau keadaan ‘call girl’ itu.
“Ketika buat tempahan, kita minta yang cantik dan menarik, tetapi yang datang tidak seperti dimahukan. Apapun ada sindiket memberi peluang kepada kita menukar ‘call girl’ sehingga kita puas hati,” katanya.
Seperti Eddie, Azri mengakui dia boleh membuat permintaan kepada ‘call girl’ supaya berpakaian mengikut kehendak hatinya.
“Biasanya saya suruh ‘call girl’ yang saya langgan memakai pakaian ala setiausaha atau eksekutif supaya tiada orang syak saya melanggan pelacur.
Kadangkala selepas selesai ‘urusan’, saya bawa mereka pergi makan. Justeru, tidak timbul syak wasangka,” katanya. Bagi membuktikan dakwaan Eddie dan Azri, wartawan Metro Ahad menghubungi sindiket menyediakan ‘call girl’ seperti yang pernah dilanggan mereka.

Ketika menghubungi nombor telefon diberi, seorang wanita separuh usia yang menggelar dirinya ‘Mummy’ menjawab panggilan.

Berikut adalah sedutan perbualan menerusi telefon antara wartawan Metro Ahad (MA) bersama Mummy (M):

MA: You ada amoi ke?

M: Ada. You mau yang mana? Ada Melayu, Cina, India, PRC, Indonesia, Vietnam...

MA: I nak Melayu la. Tapi mau yang cantik dan banyak pengalaman.

M: Boleh... boleh. Kalau amoi Melayu yang biasa RM250. Tapi kalau mau yang banyak pengalaman, kena bayar lebih sikit. Tak mahal, RM300 saja.

MA: Haiya... kenapa mahal sangat?

M: Ini sudah banyak murah. Kalau tempat lain RM400. Ini amoi you mesti puas hati punya.

MA: Oklah. Saya mahu itu Melayu. Tapi you kena janji dia mesti ‘pandai’ dan banyak pengalaman, boleh?

M: I boleh bagi jaminan. ‘Don’t worry’.

MA: Satu lagi I mahu tanya, kalau I mahu dia datang pakai baju macam setiausaha atau eksekutif boleh?

M: You mahu itu perempuan pakai cantik, tak mahu seksi? Boleh... apa saja boleh, tapi kena bayar lebihla. Tambah RM50. Selalunya orang kaya atau VIP saja mau itu macam.

MA: Haiya... saya pun orang kaya maa...

M: Ok... ok, saya pun suka sebab nanti tak ada orang syak. Nanti I suruh I punya budak pakai macam you suruh.

MA: Ok. Bila itu ‘call girl’ boleh datang? Boleh hantar saya punya rumah?

M: Kalau you ada di KL, sekarang pun boleh maa... You mau bila? Jangan lambat-lambat, nanti orang lain ambil.

MA: Ok... hantar jam 9 malam. Hantar ke alamat ini (wartawan memberi alamat rumah) boleh?

M: Boleh. You tunggu.

Seperti dijanjikan, pada sekitar jam 9.15 malam, muncul seorang wanita berpakaian persis seperti eksekutif.

Memperkenalkan dirinya sebagai Angie, mengakui beragama Islam, berdarah kacukan dan mendakwa berusia 24 tahun, ‘call girl’ itu menepati ciri-ciri seperti dijanjikan.

Dia mengakui bila-bila masa bersedia untuk melaksanakan ‘tugasnya’, tetapi wartawan Metro Ahad membawanya keluar ke kedai makan berhampiran kononnya untuk berbual terlebih dulu.

Menurut Angie, dia menjadi ‘call girl’ selama lima bulan dan mengakui berpuas hati dengan pekerjaan itu.

“Kami tiada spa eksklusif atau pusat pelacuran kerana kami bergerak bebas. Saya banyak menerima pelanggan yang mahu ‘berurusan’ di rumah kerana menganggap ia lebih selamat. Bagaimanapun ada juga yang mahu ‘berurusan’ di hotel yang boleh disewa mengikut jam,” katanya.

Angie berkata, bukan luar biasa jika wanita yang melakukan pekerjaan sepertinya muncul dengan pakaian yang langsung tidak mencerminkan pekerjaan mereka.

“Itu semua atas permintaan pelanggan. Ada yang suruh pakai pakaian pejabat ala setiausaha eksekutif. Ada pula yang suruh pakai baju kurung, tetapi jarang yang minta buat begitu.

“Bukan apa, pelanggan bimbang jika ada yang syak mereka melanggan ‘call girl’. Saya ikut saja asalkan bayarannya lebih,” katanya.

Menurut Angie, dia melakukan pekerjaan ini secara separuh masa kerana masih menetap bersama keluarga.

“Dulu saya pernah belajar di kolej tetapi separuh jalan saja sebab tak minat. Selepas itu kerja makan gaji dan bosan terikat dengan arahan.

“Saya tidak tahulah... saya akui memang kadangkala nafsu saya tak dapat dibendung. Entah bagaimana saya terfikir untuk menggadai tubuh dan secara tidak sengaja ketika melayari Internet saya jumpa laman web yang menawarkan khidmat ‘call girl’,” katanya.

Angie berkata, dia menghubungi sindiket yang menawarkan perkhidmatan itu dan diterima bekerja secara separuh masa.

“Nak dikatakan mewah, tidaklah mewah sangat, tetapi wang tidak putus. Saya bukan kira sangat berapa dapat dalam sebulan sebab prinsip saya asalkan ada wang, tetapi dalam sebulan saya boleh dapat RM5,000 hingga RM6,000,” katanya.

Perbualan berlangsung dalam tempoh sejam dan Angie kelihatan gembira kerana tidak perlu melaksanakan ‘perkhidmatannya’.

“Abang... sudah sejam ini. Abang tak nak ke? Kalau nak, abang kena tambah lagi bayaran,” katanya.

Tanpa membuang masa, wartawan Metro Ahad memberi Angie bayaran untuk tempoh sejam dan meminta diri. Angie dilihat menaiki teksi menuju ke destinasi yang tidak diketahui.



Aduan awam penting



KUALA LUMPUR: “Jangan ingat perbuatan itu (melanggan ‘call girl’ di rumah) boleh selama-lamanya terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Perbuatan tidak elok lama-kelamaan terbongkar juga,” kata Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohamad Rais Rasid.

Mohamad Rais berkata, Jais memandang serius aktiviti golongan hidung belang itu dan pada bila-bila masa bersedia untuk mengambil tindakan.

Katanya, bagi memastikan penguatkuasaan dapat dilaksanakan, aduan dan maklumat daripada orang ramai adalah penting.

“Jika ada jiran atau rakan tahu mengenai kegiatan itu, laporkan kepada Jais dan kita akan bertindak. Kita tidak boleh bertindak tanpa maklumat kerana ia menyukarkan tugas penguatkuasaan,” katanya.

Menurut Mohamad Rais, Jais turut menyedari kegiatan sindiket yang menyediakan ‘call girl’ untuk dilanggan berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam.

“Kita tahu khidmat seperti itu banyak diiklankan di Internet. Cuma kita tidak dapat aduan dan maklumat mengenai individu yang melanggan, menyebabkan tindakan sukar diambil,” katanya.

Mohamad Rais berkata, jika ditangkap, mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 29 (1A dan B) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Apabila sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Share this article :

1 ulasan:

Rantong berkata...

Nice blog. Informative & impressive content.
________________
View Profile: Rantong™

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger