KUALA LUMPUR: Kerana menerima sogokan RM200, seorang sarjan polis trafik berkemungkinan hilang kelayakan daripada menerima gratuiti dan pencen bagi perkhidmatannya selama 30 tahun dalam sektor awam.
Ini kerana Mohd Nazar Jalaludin, 49, dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, disabitkan dalam kes rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Rosbiahanin Arifin, yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadapnya, memerintahkan dia menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Beliau mendapati Mohd Nazar gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika dipanggil membela diri.
Mohd Nazar didakwa menerima rasuah itu daripada Zaleha Mat Nor, 42, sebagai dorongan untuk menyelesaikan kes Mohd Hafizi Marji, 19, berhubung satu kesalahan jalan raya, dengan tidak membawa kes itu ke mahkamah.
Dia melakukan kesalahan itu di Pejabat Team A, Balai Polis Trafik, Jalan Tun HS Lee pada 5.30 petang 19 April 2008. - Bernama
Home »
» Anggota polis dipenjara kerana rasuah
Anggota polis dipenjara kerana rasuah
Written By canang on Rabu, 7 April 2010 | 4/07/2010 11:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan